5 Pemain Bola Sepak Dengan Pendapatan Tertinggi

Bola sepak merupakan antara sukan yang paling popular di mana para pemain dibayar sehingga jutaan dollar setahun. Berdasarkan senarai tahunan 100 atlet dengan pendapatan tertinggi yang diterbitkan oleh Forbes, bola sepak berjaya menduduki tangga ke-4. Berikut adalah lima senarai pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2018 menurut Forbes.

1. Lionel Messi – $111 juta (RM453 juta)

Pada November 2017, Messi telah menandatangani kontrak baharu yang membolehkan bintang Barcelona ini menjadi pemain dengan pendapatan tertinggi di dunia. Messi menjana pendapatan $111 juta (RM453 juta) mengatasi seteru lamanya di Real Madrid – Cristiano Ronaldo yang kini bersama Juventus.

2. Cristiano Ronaldo – $108 juta (RM441 juta)

Cristiano Ronaldo dikhabarkan cuba untuk meminta kontrak yang sama sepertimana Lionel Messi. Namun begitu, hasrat pemain kelahiran Portugal ini ditolak oleh Real Madrid kerana faktor usia beliau yang telah mencecah 34 tahun. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, hasrat Ronaldo menjadi kenyataan apabila dia ditawarkan kontrak dengan gaji yang lumayan oleh kelab gergasi Itali, Juventus. Jumlah pendapatan bintang Portugal ini yang mencecah $108 juta (RM441 juta) meletakkan beliau di tangga ke-2 dalam senarai gaji tertinggi.

3. Neymar Jr. – $90 juta (RM368 juta)

Bintang Paris-Saint-German, Neymar Jr. dilaporkan menerima $90 juta (RM368 juta) setahun sekaligus meletakkannya di tangga ke-3 pemain dengan pendapatan paling tinggi bagi tahun 2018. Faktor usia yang masih muda membawa kepada jangkaan penyerang kelahiran Brazil ini akan semakin meningkat dari segi kuasa hak imej dan seterusnya menjadi bintang global.

4. Gareth Bale – $35 juta (RM143 juta)

Pemain penyerang Real Madrid, Gareth Bale berada di tangga ke-4 apabila menjana $35 juta (RM143 juta) setahun. Namun begitu, bintang Wales ini tidak memiliki hak imej yang tinggi.

5. Paul Pogba – $30 juta (RM122 juta)

Pemain yang berasal dari Perancis, Paul Pogba melengkapkan senarai lima teratas dengan gaji tahunan $30 juta (RM122 juta). Manchester United dikhabarkan didesak oleh ejen Pogba untuk menggandakan gaji pemain tengah ini kerana dia dianggap sebagai pemain terbaik di kelab tersebut ketika ini.

Kesemua yang tersenarai dalam Top 5 pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2018 adalah lelaki dan dalam posisi penyerang atau pemain tengah. Mungkin pada musim yang akan datang, pemain wanita dan pemain posisi lain pula bakal tersenarai. Jadi, apa pendapat anda semua?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca