5 Pantang Larang Pencinta Buku, Nombor 5 Paling Keji

Jika sebelum ini kami telah kongsikan 10 Perangai Pelik Pencinta Buku, untuk kali ini kami kongsikan 5 pantang larang pencinta buku. Pencinta buku sering dilabel sebagai si ‘ulat buku’ ataupun ‘budak baik.’ Tetapi, jika ada yang menganggu atau merosakkan buku kesayangan mereka bersiap sedialah untuk menyaksikan ‘budak baik’ yang akan bertukar menjadi seperti Hulk. Oleh itu, jangan pernah sesekali kacau koleksi buku mereka.


Antara pantang larangnya adalah:

1. Melipat Kertas Dalam Buku

Perkara ini mungkin bagi sesetengah orang bukan sesuatu perkara yang serious, tetapi bagi pencinta buku mereka paling pantang bila helaian muka surat dilipat walau hanya sedikit.

2. Mengalihkan Buku Dari Tempat Asal

Sememangnya menjadi pantang larang jika buku yang telah dibaca kemudian tidak diletakkan di tempat asalnya. Sebab apa mereka sangat particular dalam hal ini? Kerana selalunya mereka akan tahu susunan buku yang dimiliki agar mudah untuk mereka mengambilnya bila diperlukan.

3. Pantang Ada Buku Baru Di Pasaran

Semua pencinta buku akan menjadi resah jika mendapat tahu terdapat buku baru di pasaran dan pada masa yang sama dompet pula tengah kering. Ada yang sanggup untuk jual pakaian yang tidak mahu dipakai semata-mata untuk dapatkan duit yang cukup untuk membeli buku baru.

4. ‘Kepak Buku’

Jika ada yang tidak faham dengan maksud ‘kepak buku'(dibaca dengan K-pak) ini anda boleh rujuk gambar di atas. Mereka pantang apabila melihat orang lain membaca sambil kepakkan buku tersebut. Hal ini kerana mereka berasa bimbang helaian buku tersebut akan terlerai dan menjadi rosak. Siapa yang tidak marahkan? Bila barang yang dijaga dengan baik kemudian dirosakkan oleh orang lain.

5. Pinjam Kemudian Hilangkan

Perkara yang terakhir ini paling pantang. Bayangkan bagaimana si pencinta buku sanggup mengeluarkan duit hampir beratus ringgit untuk membeli buku kegemarannya, kemudian apabila orang yang meminjam buku tersebut hilangkan atau tidak pulangkan kembali. Bukan ke sikap itu sangat keji dan pentingkan diri sendiri? Kalau sudah pinjam itu jagalah dengan baik dan pulangkan semula selepas membacanya.

Mungkin pencinta buku boleh meletakkan harga untuk setiap buku yang dipinjamkan. Seperti yang dilakukan oleh pihak perpustakaan, jika buku yang dipinjam dipulangkan lewat akan dikenakan denda. Dengan cara ini mesti tidak ada lagi masalah buku hilang.

Kepada mereka yang ingin meminjam buku pastikan korang ingat semua pantang larang ini. Jangan buat perkara yang mereka tidak suka ok?

Artikel yang akan datang kami akan tuliskan perkongsian daripada pembaca tentang perangai pelik si pencinta buku bahagian 2.

Artikel Lain Untuk Di Baca