5 Negara Yang Bakal Lenyap Dari Muka Bumi Tidak Lama Lagi

Tahukah korang, tidak kira betapa kuatnya ekonomi sesebuah negara, tidak kira betapa bersatunya bangsa mereka, namun ia tidak mampu bertahan selama-selamanya. Hal ini kerana dipercayai semua negara akhirnya akan lenyap dari muka bumi ini juga. Sesetengahnya akan hilang dengan perlahan-perlahan manakala yang lain akan musnah dengan tiba-tiba.

Dan berkemungkinan terdapat beberapa negara yang akan “pupus” dalam 10 tahun akan datang. Pelbagai faktor yang rumit menyumbang kepada berlakunya keruntuhan sesebuah negara dan jika ia tidak ditangani dengan pantas, maka bak kata orang Barat, “the end is near”.

Kami akan kongsikan 5 buah negara yang mungkin akan lenyap dalam masa 10 tahun akan datang, iaitu:

1. Lesotho

Lesotho merupakan negara monarki mutlak terakhir di Afrika. Ia adalah sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh Afrika Selatan.

Raja mereka pada dasarnya adalah gila, sehingga Lesotho telah lama menjadi negara miskin. Tetapi baru-baru ini ia menjadi semakin buruk sehinggakan rakyat Lesotho mencari jalan keluar untuk lari dari negara tersebut.

Manakala di kawasan bandar negara tersebut, kira-kira 50% wanita Lesotho dijangkiti HIV dan angka ini terus meningkat setiap tahun.

2. Syria

Syria telah berada dalam keadaan perang saudara sejak kebangkitan dunia Arab. Tetapi diktator Syria tidak digulingkan dan masih menguasai 40% daripada tanah negara ini dan 60% daripada penduduknya.

Yang lain dikawal oleh pemberontak Syria, iaitu orang Kurdi. Ia adalah konflik yang paling dahsyat pada abad ke-21 yang pernah berlaku dan tidak kelihatan seperti akan berakhir dalam masa terdekat.

Syria mungkin tidak akan pernah bersatu semula kerana pembahagian etnik dalam negara ini. Orang-orang Kurdi mahukan sebuah negara merdeka di Utara-Syria dan secara dasarnya, namun itulah yang dimiliki oleh rakyat Syira ketika ini.

Apa yang kita kenal sekarang sebagai Syria pada mulanya dicipta sebagai tanah jajahan di empayar Perancis, bukan sebagai sebuah negara merdeka. Jadi itulah sebabnya pembahagian etnik begitu jelas kelihatan.

3. Kosovo

Pada tahun 2008, Kosovo menjadi negara merdeka dan ia merupakan negera naungan PBB. Namun, hari ini Kosovo adalah negara yang sangat lemah, dengan ekonomi kecil yang masih dalam pemulihan dari perang dan dengan institusi mereka tidak dihormati.

Agak tidak masuk akal bagi Kosovo untuk wujud sebagai sebuah negara. Sebanyak 92% daripada penduduknya adalah etnik Albania dan mereka berkongsi sempadan dengan Albania.

4. Kiribati

Disebabkan peningkatan paras air laut, keseluruhan pulau ini berisiko tinggi untuk lenyap sepenuhnya dalam masa 10 tahun akan datang. Di pulau ini terdapat ratusan ribu rumah penduduk. Namun, pada hari ini, mereka perlu mencari rumah baru kerana kebanyakan rumah mereka telah ditenggelami oleh air laut.

Oleh itu, kerajaan mereka sedang merancang untuk memindahkan mereka ke Fiji. Fiji juga sebuah pulau, tetapi mungkin ia bukan rancangan terbaik untuk membiarkan penduduknya tinggal di pulau tersebut.

5. Libya

Selama 25 tahun, Libya diperintah oleh Kolonel Gaddafi. Namun, pada tahun 2011, beliau telah terbunuh dalam kebangkitan negara Arab. Sejak itu, Libya telah menjadi negara retak dengan kawasan berbeza yang dipegang oleh kumpulan pelampau yang berbeza.

Masalah ini bermula apabila kerajaan baru Libya gagal menghapuskan semua kumpulan yang lain yang semakin “lapar” dan “tamak”. Jadi negara itu terjebak dalam perang saudara dengan pantas. Berbanding ketika Gaddafi memegang kuasa.Ketika Gaddafi memegang kuasa negara tersebut jauh lebih baik berbanding dengan masa kini.

Kita dapat melihat bagaimana keadaan Libya pada ketika ini. Saban hari rakyat mereka akan berperang dan sering mendengar bunyi letupan bom.

Jadi, pada pendapat korang tentang perkara di atas? Adakah Malaysia akan lenyap juga pada 10 tahun akan datang?

Sumber: Iluminasi

Artikel Lain Untuk Di Baca