5 Mitos Tentang COVID-19 Yang Perlu Anda Ketahui

Warganet kini sedang diancam puluhan berita palsu tanpa sokongan dan fakta yang sahih.

Beberapa penawar yang dipaparkan tidak dapat disahkan, malah ada juga yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia.

Mari ketahui 5 mitos COVID-19 yang disebarkan oleh warganet.

1. Makan bawang putih

Bawang putih telah terbukti mempunyai kebaikan kesihatan dan juga mampu mencegah bakteria dan antivirus. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa tiada sebarang bukti yang mengatakan bawang putih mampu mencegah COVID-19.

2. Minum air setiap lima belas minit

Seorang doktor dari Jepun menyarankan orang ramai untuk minum air setiap lima belas minit. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan virus dari badan melalui sistem urinari.

Posting tersebut tular di media sosial serta turut dikongsi lebih 250,000 kali oleh warganet.

Namun, ia terbukti tidak benar dan hanyalah mitos semata-mata. Prof Trudie Lang dari Universiti Oxford menyatakan bahawa tiada bukti virus tersebut dapat dikeluarkan melalui cara ini.

Menurutnya lagi, secara logiknya virus hanya dapat dilawan dengan sistem inmun manusia itu sendiri.

3. Pilih suhu panas

Ketika ini sedang tular mengenai dakwaan suhu panas dapat membunuh kuman seperti virus penyakit COVID-19. Terdapat juga dakwaan di Twitter kononnya pihak Unicef sendiri memberi saranan untuk lebihkan minum air suam dan kurangkan pengambilan aiskrim.

Ternyata dakwaan itu palsu dan tidak benar apabila Charlotte Gortnizka, kakitangan bahagian informasi palsu di Unicef mengeluarkan penafian.


Setakat ini, tiada lagi bukti kukuh yang mengaitkan ciri-ciri COVID-19 dan reaksinya terhadap suhu panas.

4. Resipi gel pembasmi kuman buatan sendiri

Susulan penularan wabak koronavirus, orang awam telah membuat pembelian panik gel dan cecair pembasmi kuman dan ini secara tidak langsung telah menyebabkan farmasi kini kekurangan stok.

Disebabkan itu, warganet menjadi serba kreatif dengan mengeluarkan resepi baharu yang menyerupai jenama-jenama terkenal. Namun ia tidak menepati kandungan yang ditetapkan.

Menurut saintis, produk gel buatan sendiri mempunyai kandungan alkohol yang terlalu tinggi untuk penggunaan kulit.

Resepi produk itu lebih sesuai digunakan bagi membersih permukaan serta alat, namun akan menjadi bahaya jika digunakan pada permukaan kulit.

Menurut profesor di London School of Hygiene and Tropical Medicine, Sally Bloomfield, setakat ini tiada resepi gel buatan sendiri yang berjaya dibuat di rumah.

5. Mineral ajaib

Jordan Sather, seorang bintang YouTube mendakwa bahawa mineral ajaib “Magic Minerals” atau juga dikenali sebagai MMS, mengandungi klorin dioksida “chlorine dioxide” yang bukan sahaja dapat membunuh sel-sel kanser malah mampu membasmi jangkitan koronavirus.


Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) pernah mengeluarkan amaran keburukan produk berkenaan, selain hanya memberi kesan buruk seperti muntah, cirit-birit dan dehidrasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca