5 Makanan Yang Dapat Meningkatkan Hormon Testosteron

Testosteron adalah hormon seks lelaki yang memberi kesan lebih daripada sekadar pemacu seks. Hormon ini juga bertanggungjawab untuk kesihatan tulang dan otot, pengeluaran sperma dan pertumbuhan rambut.

Tahap testosteron dalam badan akan semakin menurun apabila usia bertambah dan juga daripada penyakit kronik.

Hipogonadisme, juga dikenali sebagai testosteron rendah sering dirawat untuk mencegah daripada sebarang masalah kesihatan pada masa depan.

Selain daripada mengikut cadangan doktor, anda juga boleh mempertimbangkan makanan yang mampu meningkatkan testosteron sebagai pelengkap rawatan masalah ini.

2 nutrien yang sangat penting dalam hal ini adalah vitamin D dan zink. Jadi, kami kongsikan 5 makanan yang boleh meningkatkan tahap testosteron dalam badan. Antaranya adalah:

1. Tuna

Tuna kaya dengan vitamin D, yang dikaitkan dengan jangka hayat yang lebih lama dan pengeluaran hormon testosteron. Ia juga makanan yang kaya dengan protein dan rendah kalori.

Sama ada anda memilih tuna dalam tin atau segar, ia boleh menjadi cara semula jadi untuk meningkatkan testosteron. Satu hidangan tuna sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin D harian anda.

Jika anda bukan peminat tuna, anda boleh mempertimbangkan sumber vitamin D yang lain, seperti salmon atau sardin.

Sasarkan untuk mengambil 2 hingga 3 hidangan ikan-ikan ini untuk meminimumkan pengambilan merkuri, yang biasanya ditemui dalam makanan laut.

2. Kuning Telur

Kuning telur adalah sumber makanan yang kaya vitamin D. Walaupun kuning telur mempunyai kolesterol tinggi, ia mengandungi lebih banyak nutrien daripada putih telur.

Kolesterol kuning telur mungkin juga membantu masalah rendah testosteron. Selagi anda tidak mempunyai sebarang masalah kolesterol sebelum ini, anda boleh makan sebiji telur setiap hari dengan selamat.

3. Makanan Laut Bercangkerang

Pengambilan ketam atau udang juga dikatakan boleh membuatkan tahap testosteron dalam badan naik. Ini adalah disebabkan oleh kandungan zink dalam makanan laut ini.

Menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, King Crab Alaska mengandungi 43% daripada nilai harian zink dalam hanya hidangan 85 gram anda.

4. Daging Lembu

Terdapat kebimbangan kesihatan mengenai pengambilan daging merah berlebihan.

Bukan sahaja beberapa potongan daging mengandungi lebih banyak lemak daripada daging lain seperti ayam, tetapi makan dengan berlebihan juga dikaitkan dengan kanser tertentu seperti kanser kolon.

Namun, sesetengah potongan daging lembu mengandungi nutrien yang boleh meningkatkan tahap testosteron. Hati lembu adalah sumber vitamin D yang luar biasa.

Untuk memastikan anda tidak memakan lemak berlebihan daripada daging lembu, pilihlah daging yang mempunyai kurang lemak dan elakkan makan daging setiap hari.

5. Kekacang

Apabila berkaitan dengan kesihatan hormon lelaki, kacang sebenarnya mempunyai lebih banyak manfaat daripada yang anda fikirkan.

Kacang putih, merah dan hitam semuanya dianggap sebagai sumber vitamin D dan zink. Kacang bakar juga menawarkan nutrien ini, tetapi anda memerlukan sumber tambahan dalam diet harian anda.

Kaum lelaki jika ingin sihat amalkan tips ini.

Artikel Lain Untuk Di Baca