5 Makanan Wajib Ada Di Rumah Terbuka Aidilfitri

Rumah terbuka merupakan jamuan yang meraikan sambutan perayaan penting yang sering dilakukan oleh masyarakat kita.

Rakyat Malaysia sebelum ini dilarang untuk melakukan sebarang penganjuran majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri kerana masih dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berbeza untuk tahun ini kerana telah menjadi lumrah kebanyakan orang Malaysia yang beragama Islam untuk mengadakan majlis rumah terbuka dan menghidangkan pelbagai jenis juadah makanan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah 5 makanan wajib ada setiap kali menghadiri rumah terbuka Aidilfitri.

  1. Ketupat dan Kuah Kacang
Sumber: MARIGOLD

Juadah wajib apabila Syawal menjelma kerana raya seperti tidak lengkap tanpa hidangan ini. Gandingan ketupat dan kuah kacang yang rasa pedas, lemak dan manis akan membangkitkan selera tetamu anda.

  1. Sate

Sate merupakan makanan yang perlu ada di rumah terbuka. Sate ini mudah dibuat dan sesuai dimakan bersama dengan kuah kacang serta ketupat. 

  1. Lemang dan Rendang
Sumber: iStock

Rendang dan lemang adalah juadah yang paling terkenal disajikan apabila tiba musim hari raya. Jadi memang tidak hairan sekiranya lemang dan rendang sentiasa ada di rumah terbuka yang anda kunjungi.

  1. Kuih Raya
Sumber: Shopee

Kuih raya adalah sebahagian daripada kemeriahan menyambut Aidilfitri. Kuih raya yang paling wajib ada di setiap rumah terbuka adalah kuih semperit dan biskut almond london.

  1. Kambing Golek
Sumber: ExpatGo

Rumah terbuka anda pasti akan disebut ramai apabila anda hidangkan kambing golek. Walaupun juadah ini agak mahal tetapi sangat berbaloi untuk disajikan kerana raya hanya setahun sekali sahaja.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca