5 Makanan Ini Tidak Akan Buat Anda Gemuk

Ya, pedulikan kawan-kawan anda yang menegur apabila lihat anda sedang makan dengan enaknya.

Bagi mereka yang suka makan tapi risau badan yang langsing akan berubah bentuk.
Jangan cemas!

Di sini, kami kongsikan 5 makanan yang tidak akan buat anda gemuk:

1. Kentang Rebus


Kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat yang cukup digemari sebagai pengganti nasi. Ia sangat berkhasiat selagi tidak digoreng. Lebih daripada itu, kentang mengandungi kanji tahan yang bertindak seperti serat larut dalam sistem pencernaan. Ini membantu anda merasa kenyang dengan lebih sedikit kalori.

2. Bijirin Oat


Oat adalah hidangan yang mempunyai serat yang tinggi. Ia bijirin bebas gluten dan kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksiden yang dapat memperlahankan penyerapan karbohidrat dan menghalang selera makan sepanjang hari.

Dr. James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

Ya, ia agak hambar jika dimakan begitu sahaja, jadi hidangkanlah oat anda dengan cara yang berbeza. Makan oat dengan buah, kacang, dan gula perang adalah pilihan yang hebat.

3. Ikan


Diet protein lebih memuaskan daripada yang karbohidrat. Ikan adalah makanan rendah lemak tetapi tinggi protein dan asid lemak omega-3 yang dapat meningkatkan rasa kenyang serta menyokong sistem kardiovaskular yang sihat.

Kajian menunjukkan bahawa hidangan protein makanan tengah hari yang tinggi boleh membawa kepada pengurangan kalori sebanyak 12% semasa makan malam, berbanding dengan orang yang makan karbohidrat pada waktu tengahari.

4. Bertih Jagung


Bertih jagung adalah makanan ringan yang serba boleh. Ia adalah bijirin yang tinggi serat tetapi rendah kalori. Ia bebas gluten malahan ia boleh digunakan sebagai pengganti serbuk roti untuk lapisan gorengan pada ayam dan ikan.

Bertih jagung kebanyakannya lempung dengan udara yang menjadikan ia berkesan untuk mempercepatkan rasa kenyang dan mengelakkan keinginan kelaparan tanpa merosakkan diet anda.

5. Sup


Apa saja jenis makanan yang mengandungi tinggi kandungan air seperti sup dapat mengurangkan pengambilan kalori berlebihan.

Malah, kajian menunjukkan bahawa sesetengah sup seperti sup krimer boleh membuatkan anda lebih kenyang daripada makanan pepejal dengan bahan yang sama.

Makan sup sebagai pembuka selera boleh meningkatkan kenyang anda sehingga anda makan kira-kira 20% kalori lebih sedikit secara keseluruhan dalam hidangan itu.

Pilihan di perut anda sama ada mahu cuba menurunkan berat badan atau ingin mengekalkan berat badan yang sama dengan menjadikan 5 makanan di atas sebagai pilihan utama anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca