5 Makanan Ini Boleh Bahayakan Nyawa Si Bulus

Kucing boleh dikatakan antara haiwan peliharaan kegemaran rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa terdapat makanan manusia yang boleh membahayakan nyawa si bulus ini?

Kami kongsikan lima makanan manusia yang tidak boleh diberikan kepada kucing sama sekali kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka:

1. Susu dan produk tenusu

Untuk pengetahuan anda, kucing dewasa sebenarnya tidak mempunyai toleransi terhadap laktosa. Walaupun si bulus ini seperti sangat sukakan susu, anda tidak patut memberikannya sama sekali kerana ia sangat bahaya kepada perut mereka.

Selain itu, pengambilan susu boleh menyebabkan kucing muntah-muntah dan cirit-birit. Sebagai alternatif, anda boleh beri air sahaja kepada kucing anda sekiranya si bulus itu haus.

2. Coklat

brown chocolate food close-up photography

Terdapat dua bahan di dalam coklat yang membahayakan kucing iaitu kafein dan theobromine. Walaupun bahan-bahan ini mudah dicerna oleh manusia, si bulus ini pula adalah sebaliknya. Sekiranya anda mahu tahu, kedua-dua bahan tersebut boleh menyebabkan kegagalan hati kucing anda.

3. Telur mentah

Untuk pengetahuan anda, telur mentah ini sebenarnya mempunyai bakteria yang menjejaskan usus kucing.

Sekiranya anda tetap mahu memberikan makanan ini kepada si bulus, anda perlu masak telur itu terlebih dahulu sebelum mencampurkannya ke dalam makanan kucing.

4. Anggur dan kismis

bowl of green grapes

Walaupun ia sangat berkhasiat kepada manusia, kismis dan anggur boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang kucing anda.

5. Kacang

white and gray cat on brown wooden table

Sekiranya anda mahu tahu, kandungan lemak yang tinggi di dalam kacang ini mengakibatkan sistem badan mereka mengalami masalah untuk mencerna makanan tersebut.

Akhir kata, makanan-makanan di atas perlu anda jauhi sekiranya anda mahu kucing-kucing tersebut hidup dengan lebih lama.

Penulis

  • Nor Zawani Kamarudin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan si bulus, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca