Ada satu trend berasal dari Korea Selatan ini dipanggil Mukbang, di mana seorang bintang akan duduk di hadapan kamera untuk menghabiskan makanan yang banyak di atas meja sambil bercakap-cakap dengan penonton macam member yang dah lama kenal.
Makanan itu sangat banyak sampai penuh satu meja dan perlu dihabiskan. Bagaimana agaknya jika makanan tersebut sama saiz dengan 7 makanan di bawah ini? Adakah nanti akan jadi Mukbigbang?
1. Pizza
Tahun: 2012
Tempat: Rome, Itali
Adakah anda pencinta pizza? Kalau macam tu, kita geng. Bayangkan pizza sebesar padang hoki terbentang luas depan mata, 8 hari 8 malam tak habis makan.
Tapi bukan mudah untuk membuat pizza gergasi bebas gluten yang digelar ‘Ottavia’ ini. Lima orang chef mengambil masa selama 48 jam untuk membakar doh saja.
2. Sandwic
Tahun: 2005
Tempat: Michigan, Amerika
Sandwic gergasi ini terdiri daripada roti, daging biri-biri, mustard, keju dan salad yang semuanya besar-besar.
3. Telur Dadar
Tahun: 2012
Tempat: Portugal
Sebanyak 145,000 biji telur untuk goreng telur dadar ini, tidak muat untuk digoreng di dalam kuali normal dan diketuai oleh seorang chef bernama Pedro Mendes.
4. Coklat
Tahun: 2011
Tempat: Derbyshire, UK
Kata orang, kalau stress baik makan coklat terutama yang jenis ‘dark’ tu. Tapi berapa banyak anda boleh makan? Bar coklat seberat 5792.37 Kg ini dihasilkan oleh Thortons PLC dengan campuran gula, mentega dan koko yang lebih daripada 13 kaki.
5, Kek Aiskrim
Tahun: 2011
Tempat: Toronto, Kanada
Aiskrim gergasi ini merupakan assignment para pelajar kos kimia dan kejuruteraan kimia di Universiti Toronto. Mereka kena buatlah macam mana pun, asalkan kek aiskrim ini tak cair.
6. Pankek
Tahun: 1994
Tempat: Manchester, United Kingdom
Pankek bukan lagi sejenis sarapan pagi tetapi menjadi projek pembinaan apabila ia sebesar tapak rumah. Kren diperlukan untuk mengangkat mega kuali ini agar Chef dapat balikkan pankek tersebut.
7, Sushi Roll
Tahun: 2016
Tempat: Tamana, Jepun
Menurut Rekod Dunia Guinness, panjang sushi roll ini hampir 9,332 kaki dan kira-kira 400 orang tolong menggulungnya.