5 Legenda Menakutkan Di Dunia

Legenda merupakan salah satu genre kisah rakyat yang membabitkan kepercayaan sesetengah manusia dan dipercayai berlaku dalam sejarah.

Kadangkala bertujuan untuk memberi nasihat, terdapat juga legenda-legenda seram dan aneh yang mampu menakutkan seluruh penduduk bandar.

Berikut merupakan lima legenda seram yang masih lagi dipercayai sesetengah manusia di dunia.

1. Maria / La Llorona

Kisah rakyat yang berasal dari Mexico ini berkisarkan seorang ibu bernama Maria yang bertindak melemaskan anak-anaknya di sungai selepas mengetahui tentang berita kecurangan suaminya.

Walau bagaimanapun, Maria segera menyesali tindakannya itu namun sudah terlambat. Menurut legenda, Maria meninggal dunia di sungai yang sama akibat tidak makan dan minum buat masa yang terlalu lama kerana mencari anak-anaknya.

Apabila malam menjelma, penduduk di sekitar kawasan itu mendakwa mereka akan terdengar suara Maria menangis dan terlihat kelibatnya yang memakai gaun berwarna putih di sungai berkenaan. Gelaran La Llorona yang membawa maksud Wanita Menangis kemudiannya diberikan kepada Maria oleh masyarakat setempat.

2. Bloody Mary

Jika anda mahu melihat hantu Bloody Mary, apa yang perlu anda lakukan adalah berdiri di dalam bilik air yang gelap sambil bertemankan lilin yang bernyala. Kemudian, anda harus memandang ke cermin dan menyembut nama Bloody Mary sebanyak tiga kali.

Menurut legenda, sekiranya anda melakukan segala langkah di atas, Bloody Mary akan muncul kadangkala bersama seorang bayi yang sudah meninggal dunia.

Dikenali dalam kehidupan sebagai Ratu Mary I, ratu ratu pertama England, raja legenda yang kini dikenali sebagai Bloody Mary dilahirkan pada 18 Februari 1516 di Greenwich, England di Istana Placentia.

Ada juga yang mengatakan, jika anda pergi ke bilik mandi dan melihat cermin dengan lampu dan bilik itu benar-benar ditutup, dan kemudian memanggil ‘Bloody Mary’ tiga belas kali, seorang wanita akan muncul dan mencakar wajah anda.

Namun, jika anda memanggil “Hell Mary” tujuh kali di depan cermin di dalam bilik gelap, anda akan melihat imej syaitan di dalam cermin.

3. Chupacabra

Chupacabra adalah sebuah cryptid legendaris yang bermaksud haiwan yang kita tidak dapat membuktikan kewujudannya.

Haiwan berbulu pelik ini dikatakan meminum darah kambing dan ternakan yang tidak bernasib baik, dan tidak mungkin anda ingin ditangkap olehnya.

Chupacabra juga dikatakan telah melakukan kegiatannya itu sejak ’90an, ketika itu lapan biri-biri yang kekeringan darah ditemukan di Puerto Rico. Beberapa bulan kemudian, seluruh haiwan dalam ladang terbunuh, dan selepas itu orang di seluruh dunia mula memetik laporan tentang ternakan mereka yang mempunyai dua luka seperti bekas gigitan dan bangkai yang kekeringan darah.

4. The Goatman of Maryland

Raksasa hibrid separuh manusia dan separuh kambing ini dikatakan wujud di sekitar kawasan Maryland, Amerika Syarikat.

Meskipun tiada siapa yang dapat mengesahkan asal usul legenda ini, penduduk tempatan percaya terdapat seorang saintis yang bekerja di Pusat Penyelidikan Pertanian Beltsville. Dia sedang mengusahakan eksperimen dengan menggunakan kambing. Satu hari percubaannya berjaya dan dia telah bermutasi menjadi makhluk setengah kambing.

5. Mothman

Mothman dipercayai merupakan seorang lelaki yang juga separuh kupu-kupu. Tinggal di West Virginia, Amerika Syarikat, orang ramai pertama kali melaporkan penampakkannya pada sekitar tahun 60-an.

Kadang-kala kelihatan seperti seekor burung yang besar bertebangan di langit, ada juga saksi yang mengatakan Mothman adalah seekor makhluk bermata merah yang melompat dari pokok ke pokok.

Penulis:

  • Norain Fitriah Binti Mohd Ariffin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan legenda, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca