5 Lagu Raya Yang Masih Dalam Ingatan

Meskipun banyak lagu-lagu nostalgia yang ada, ini adalah antara lagu riang yang sering dimainkan sempena hari raya dari dahulu sehingga ke hari ini.

1. Balik Kampung- Sudirman

Lagu Arwah Dato’ Sudirman Bin Haji Arshad ini tidak pernah lagi dilupakan terutama ketika pulang ke kampung. Lagu ini sememangnya akan mengenangkan kita tentang suasana kampung di hari raya.

2. Selamat Hari Raya- Saloma

Lagu raya klasik yang dinyanyikan oleh Salmah Binti Ismail atau dikenali sebagai Saloma ini sangatlah merdu dan mudah dinyanyikan sekali. Lagunya mempunyai irama gembira yang sesuai untuk menaikkan semangat anda untuk menyambut hari raya.

3. Sesuci Lebaran- Siti Nurhaliza

Tidak lupa juga lagu yang didendangkan oleh penyanyi terkenal Malaysia ini, Dato’ Siti Nurhaliza yang sentiasa indah nyanyiannya. Sesuci lebaran mempunyai irama klasik melayu yang menarik mengisahkan kebaikan di hari raya yang patut anda semua rasai.

4. Suasana Hari raya- Anuar Zain & Elina

Lagu ketika penyanyi-penyanyi ini sewaktu kecil sememangnya telah menjadi antara lagu yang didengari ramai. Suara kanak-kanak menyanyi mengenai suasana di hari raya ini amat menyentuh hati dan membawa keceriaan apabila mendengarnya.

5. Seloka Hari Raya- Uji Rashid & Hail Amir

Lagu ini mempunyai irama riang dari segi pasangan kekasih menyambut hari raya bersama dan juga mereka menjelaskan erti hari raya aidilfitri yang mulia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca