Walaupun pernah dengar semua lagu dalam artikel ini, lagu-lagu ini pada asalnya diberikan kepada selebriti lain sebelum ia jatuh ke tangan penyanyi yang anda dengar ini.
Dalam artikel ini, kami kongsikan lima lagu hit yang sepatutnya diberikan kepada penyanyi lain dalam artikel ini.
1. See You Again (Wiz Khalifa) sepatutnya diberikan kepada Eminem
Sebelum Wiz Khalifa merakamkan lagu hitnya pada tahun 2015 iaitu See You Again bersama Charlie Puth, lagu ini pada asalnya ditawarkan kepada Eminem.
Penyanyi rap 50 Cent mendedahkan sebab kenapa Eminem terpaksa menolak tawaran tersebut, “Pada waktu itu, kami perlu membuat keputusan di antara bekerja dengan filem Southpaw ataupun Fast and Furious.
Eminem membuat keputusan untuk bekerja dengan Southpaw kerana dia kisah dan ambil berat tentang projek itu,” ujarnya.
2. Umbrella (Rihanna) ditulis untuk Britney Spears

Lagu siulan ramai ini pada asalnya ditulis untuk Britney Spears tetapi team penyanyi itu menolak tawaran tersebut kerana Britney sudah menyiapkan albumnya pada waktu itu.
Ia kemudiannya ditawarkan kepada Mary J Blige yang juga menolaknya sebelum ia diberikan kepada Rihanna.
3. Black Widow (Iggy Azalea) ditolak oleh Katy Perry

Kolaborasi Iggy Azalea dan Rita Ora hampir tidak menjadi kenyataan. Katy Perry merupakan salah satu co-writer untuk lagu Black Widow dan mahu membuat kolaborasi dengan Iggy.
Ia bagaimanapun terbatal kerana Katy tidak memilih lagu ini untuk dimasukkan ke albumnya. Iggy akhirnya meyakinkan Katy untuk menyerahkan lagu tersebut kepadanya dengan berkata, “Katy, apa kata kamu berikan lagu ini kepada saya dan saya akan melakukan sesuatu dengannya?
Saya mempunyai album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dan saya mahukan lagu ini diterbitkan supaya semua orang dapat mendengarnya secepat mungkin. Katy kemudiannya setuju untuk memberikan lagu tersebut kepada saya.”
4. Telephone (Lady Gaga) sepatutnya dinyanyikan oleh Britney Spears
Lady Gaga telah menulis lagu Telephone untuk Britney. Penyanyi itu juga telah merakamkan demo untuk Telephone tetapi Lady Gaga menyimpan lagu tersebut untuk dirinya apabila Britney membuat keputusan untuk tidak mengambil lagu tersebut.
5. Hajat Pharrell Williams mahu memberikan lagu Happy kepada Cee Lo Green tidak kesampaian
Penyanyi lagu Forget You iaitu Cee Lo Green sangat menyukai Happy dan dia turut rakam lagu tersebut tetapi team dia tidak rasa ia sesuai untuknya.
Pharrell berkata, “Cee Lo Green kedengaran sangat menakjubkan apabila menyanyi lagu tersebut. Maksud saya versi dia jauh lebih bagus daripada saya tetapi bagaimana saya mahu mengatakan ini secara diplomatik?
Kuasa yang ada pada masa itu tidak melihat lagu itu sesuai untuknya. Beberapa orang dalam team dia juga berpendapat keutamaan sepatutnya diberikan kepada album Cee Lo Green pada waktu itu jadi mereka memilih untuk tidak mengambilnya.”
Adakah lagu kegemaran anda turut termasuk dalam senarai ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: