5 Kumpulan Mafia Paling Berpengaruh Di Dunia

Mafia dan Gengster kedengaran sama tetapi tidak serupa.

Gengster ini umumnya ada daripada peringkat kampung hingga nasional, sesiapa pun boleh mengaku atau tunjuk samseng. Orang Kelantan panggil ‘Gedebe’.

Manakala Mafia pula merupakan kumpulan penjenayah terancang di peringkat global dan memiliki kod-kod tertentu bagi menganggotai kumpulannya.

Semua mafia adalah gengster namun bukan semua gengster itu bergelar mafia. Persamaan mereka adalah penjenayah.

Berikut 5 kumpulan mafia paling berpengaruh dan digeruni di dunia:

1. Mafia Sicily: La Cosa Nostra

Sejarah dan susur galur mafia ini bermula di Sicily, Itali. Tujuan asal organisasi ini untuk perlindungan dan perlaksanaan undang-undang sendiri

Mafia La Cosa Nostra ini boleh dikatakan bapa kepada segala kumpulan Mafia yang lahir di Barat terutama Amerika.

Sindiket ini berkembang dengan pesat dan menjadi kumpulan jenayah paling digeruni walau di mana saja mereka berada.

Mereka harus mematuhi Omerta, iaitu sebuah kod rahsia di mana akan mengakibatkan kematian jika melanggarnya.

2. Yakuza

Turut dikenali sebagai Goduko, kumpulan penjenayah ini bukan lagi suatu rahsia, malah hampir menjadi ‘mainstream’ di mana mereka mempunyai bangunan pejabat, kad perniagaan malah sering muncul di ruangan gosip dalam akhbar.

Mereka dikenal pasti menerusi pemakaian yang serba hitam dan jari kudung (Yubitsume- ritual potong jari untuk tebus kesalahan kepada bos).

Selain itu, Yakuza turut terlibat dalam politik dan ekonomi di Jepun. Mereka antara organisasi terawal yang menghantar bantuan bencana Tsunami pada tahun 2011

3. 18th Street Gang

Turut dikenali sebagai ‘Children’s Army’ kerana mereka merekrut pelajar sekolah rendah dan menengah bagi menganggotai geng terbesar bahagian Hemisfera Utara ini.

Markasnya berpusat di Los Angeles dan di Amerika saja mereka mempunyai lebih 30, 000 orang ahli.

Selain itu, mereka membina rangkaian dengan kartel-kartel dari Mexico dan musuh ketat adalah organisasi MS-13.

4. Mafia Rusia

Bekas agen khas FBI pernah menggelar Mafia Rusia ini sebagai ‘Orang-orang paling berbahaya di muka bumi.’

Mafia Rusia ini terdiri daripada kira-kira 450 kumpulan dengan 300,000 keahlian. Ahli kumpulan ini bertatu dan kerap menggunakan taktik ketenteraan.

Antara kegiatan mereka adalah perdagangan organ, pembunuh upahan dan aktiviti keganasan.

5. Rizzuto

Keluarga Rizzuto ini merupakan sindiket jenayah terancang yang bertapak di Montreal sebelum tersebar di Quebec dan Ontario.

Mereka membina ikatan dengan keluarga Bonnano dari New York (Mafia juga) yang mana akhirnya mencetuskan perang mafia di Montreal lewat tahun 1970-an.

Selain itu, keluarga ini turut memiliki banyak kontrak projek pembinaan di Montreal.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca