Tampil Menawan Di Hari Raya Dengan Pilihan 5 Koleksi Baju Raya Trend Terkini

Golongan wanita ni, apabila tiba hari raya, tak kiralah hari raya apa pun mesti nak pakai baju baru kan? Lebih teruja lagi, sudah pastinya untuk bergaya dengan trend terkini.

Sempena hari raya Aidil Adha yang bakal menjelang, pasti ramai yang masih pening dan tak tahu nak pilih gaya baju raya apa untuk dipakai. Fesyen apa yang tengah trend sekarang ya? Mesti rambang mata juga nak pilih baju raya dengan pelbagai design dan warna di pasaran.

Jadi kepada anda yang masih tercari-cari pilihan baju raya yang ‘tengah trend’ ketika ini, jom kita tengok 5 koleksi baju raya yang menjadi pilihan untuk tahun ini.

1. Jubah/Kaftan

Foto: Zalora

Fesyen raya kini bukan semata-mata baju kurung atau baju kebaya. Ramai yang inginkan sentuhan baru dalam berfesyen. Jubah dan kaftan juga menjadi antara pilihan busana raya tahun ini. Jubah/kaftan telah melalui evolusi baru dan ditampilkan dalam sentuhan moden sehingga ia memperlihatkan gaya anggun si pemakai. Antara rekaan jubah/kaftan yang boleh menjadi pilihan anda adalah seperti rekaan kaftan Tom Abang Saufi, Zalia, dan Watie Collection. 

2.Peplum

Foto: Fashion Valet

Umum mengetahui fesyen peplum ini pernah terkenal ketika zaman Primadona Saloma. Trend ini menjadi perhatian kembali dalam dunia fesyen ketika ini. Pada bahagian pinggang peplum ini ia direka sedikit mengembang. Ini akan menampakkan elegan dan moden kepada si pemakai. Bagi anda yang ingin tampil menawan ala-ala Saloma, sudah tentunya gaya peplum ini boleh menjadi pilihan. 

3. Kebaya Moden

Foto: LovelySuri.com

Kebaya masih tidak ketinggalan zaman. Tambahan lagi, kebaya kini mendapat sentuhan dan nafas baru dalam era fesyen moden. Munculnya rekaan kebaya moden telah menjadi antara trend masa kini. Kebaya moden pasti akan menjadi pilihan utama bagi penggemar fesyen kebaya. Dengan ukuran kebaya mengikut saiz tubuh, gaya ini menampakkan lagi susuk tubuh ramping si pemakai yang tentunya akan nampak lebih menawan dan cantik di hari raya.

4. Kurung Saree

Foto: instagram ShawlPublika

Rekaan kurung saree semakin mendapat permintaan yang tinggi. Idea fesyen yang menggunakan kain saree dan diolah menjadi rekaan baju kurung ini kian menjadi fenomena buat penggemar fesyen. Terasa ala-ala bollywood ketika memakainya nanti. Antara koleksi kurung saree yang boleh menjadi pilihan anda adalah rekaan kurung saree daripada ShawlPublika. Apa tunggu lagi? Cepatlah dapatkan kurung saree untuk gayaan di pagi raya juga untuk koleksi peribadi anda..

5. Baju Kurung Cotton Corak Bunga-Bunga

Bagi penggemar baju kurung cotton, trend cotton corak bunga-bunga ini sangat sesuai. Potongan ringkasnya menjadikan jenis kurung ini cukup selesa dipakai terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Koleksi ini juga semakin mendapat perhatian pada tahun ini.

Jadi, dah ada idea fesyen apa pilihan anda untuk raya tahun ini? Apa tunggu lagi? Pilih dan gayakanlah mengikut keselesaan anda. Semestinya anda sendiri perlu bijak memilih mana yang sesuai untuk digayakan di pagi raya nanti. Selamat mencuba.

Artikel Lain Untuk Di Baca