Tiada ibu bapa yang tidak mahu yang terbaik buat anak-anak mereka. Kalau boleh, mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dalam segala aspek lagi-lagi daripada segi pendidikan. Terdapat banyak tempat pengajian yang menawarkan pelbagai kos untuk individu di luar sana. Namun begitu, tidak semua yang mampu untuk melanjutkan pengajian kerana kekangan wang.
Kita semua yang tinggal di Malaysia ini dikira bertuah kerana terdapat pelbagai pinjaman pengajian yang disediakan bagi mereka yang memerlukan.
Mereka yang lahir dalam dulang emas pula sangat bertuah kerana mampu melanjutkan pelajaran di luar negara. Sambil-sambil itu, bolehlah dapatkan pengalaman tinggal di negara orang. Kali ini, kami kongsikan 5 kolej paling mahal di dunia yang mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya anda ingin melanjutkan pelajaran di sana:
1. Sarah Lawrence College
Walaupun nama kolej yang terletak di Yonkes, New York ini tidak segah Harvard, Yale atau Oxford, yuran kos pengajian yang ditawarkan mereka merupakan antara yang termahal di dunia. Kadar yuran tahunan bagi kolej ini adalah kira-kira $61,000 (RM270,230) setahun.
2. New York University
Universiti yang terletak di Greenwich Village ini mengenakan yuran kira-kira $60,000 (RM265,800) setahun. Mereka yang berkemampuan bolehlah pertimbangkan universiti ini. Sambil-sambil itu, boleh berjalan-jalan di sana!
3. Harvey Mudd College
Kolej yang menawarkan pengajian sains ini menjadi pilihan ramai pelajar di seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran mereka. Yuran tahunan yang dikenakan oleh kolej yang dibuka pada September 1957 ini adalah $59,000 (RM261,370) setahun.
4. Columbia University
Columbia University merupakan tempat pengajian tinggi tertua di New York dan ke-5 tertua di Amerika Syarikat. Universiti yang ditubukan pada tahun 1754 ini mengenakan yuran $59,000 (RM261,370) setahun.
5. Wesleyan University
Kolej yang digambarkan sebagai ‘kolej seni liberal swasta’ ini terletak tidak jauh dari bandar New York. Ia ditubuhkan pada tahun 1831. Mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di sini akan dikenakan yuran kira-kira $58,000 (RM256,940) setahun.
Jadi, apa pendapat anda semua selepas melihat senarai di atas?