5 Kisah Potret Mona Lisa, Lukisan Terkenal Di Dunia Oleh Leonardo Da Vincci

Leonardo Da Vincci merupakan salah seorang seniman terbesar yang terkenal di dunia. Karyanya yang masyhur ketika itu ialah Mona Lisa dan The Last Supper. Lukisan potret Mona Lisa masih lagi diselubungi misteri dan telah banyak menimbulkan persoalan terhadap orang ramai.

Berikut kami kongsikan 5 kisah potret Mona Lisa yang masih tidak dapat dirungkaikan sehingga kini:

5. Gambaran jambatan yang menjadi persoalan

Lukisan jambatan pada latar belakang lukisan ini kelihatan seperti menggambarkan sesuatu imaginasi. Namun, mungkin Leonardo Da Vincci sahaja yang tahu tentang jambatan yang dilukis di bahagian belah kanan itu.

Jambatan itu dikatakan ialah jambatan Ponte Buriano yang terletak di Itali. Walau bagaimanapun, seorang penyelidik telah mendakwa bahawa lukisan itu merupakan jambatan Bobbio di Trebbia pada tahun 2011. Ia juga telah rosak dan dihanyutkan banjir pada tahun 1472.

4. Senyuman yang misteri

Pakar saintis di Universiti Harvard, Amerika telah membuat penjelasan berkenaan senyuman Mona Lisa yang sukar difahami di sebalik kajian saraf yang telah dilakukan oleh mereka. Jika anda merenung matanya dengan lebih dekat, mulutnya yang berada dalam keadaan selari itu kelihatan hanya berwarna hitam dan putih.

Ini menonjolkan bayang-bayang yang ada di tepi sudut bibir yang menunjukkan senyumannya kelihatan lebih luas. Apabila anda melihat terus ke mulutnya, pandangan itu akan berkurangan.

Hal ini turut menjadi perdebatan yang hebat dan sering berubah-ubah sehingga membuatkan potret itu terlihat seperti hidup atau mati.

3. Latar belakang yang pelik

Latar belakang lukisan Mona Lisa juga dikatakan begitu pelik di bahagian sebelah kanan berbanding di sebelah kiri. Beberapa andaian telah dibuat dan dikatakan bahawa ia merupakan tempat yang berbeza kemudian digabungkan di dalam lukisan itu.

2. Tanda tangan yang tersembunyi di dalam lukisan itu

Silvano Vinceti iaitu pengerusi jawatankuasa kebangsaan warisan kebudayaan Itali mendakwa bahawa beliau telah melihat beberapa tandatangan tersembunyi yang ditulis dengan kemas dan halus pada bahagian mata Mona Lisa itu.

Beliau juga memberitahu bahawa di bahagian mata kanan lukisan itu terdapat huruf L dan V yang menunjukkan ia mungkin tandatangan Leonardo Da Vincci manakala di bahagian mata kiri pula mempunyai huruf seperti C, E dan B.

Namun, kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan The Louvre yang memaklumkan bahawa ia mungkin disebabkan oleh rekahan yang sangat kecil pada lukisan itu.

1. Identiti Mona Lisa yang sebenar

Majoriti masyarakat telah membuat andaian mengatakan bahawa Mona Lisa merupakan seorang wanita bangsawan dan dia juga dikaitkan dengan seorang Duchess of Fransavilla iaitu Isabella d’Este, Marquise of Mantua atau Costanza d’Avalos.

Beberapa orang pula telah mengatakan bahawa Mona Lisa seperti menyerupai seorang lelaki iaitu Leonardo Da Vincci sendiri atau pembantu lelakinya yang telah berkhidmat selama 20 tahun yang bernama Gian Giacomo Caprotti.

Bahkan, ia juga dikatakan lukisan pemandangan yang indah tetapi lama-kelamaan bertukar menjadi lukisan yang menggambarkan seorang wanita.

Bagaimanapun watak sebenar lukisan ini masih belum dapat dibuktikan secara rasmi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca