5 Kerja Gila Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Air Coca-Cola

Coca cola atau lebih biasa dipanggil air Coke ini rupanya serba guna.

Air berkarbonat ini bukan sekadar air minuman yang manis tahap potong betis tetapi turut berguna dalam kerja-kerja seperti berikut:

1. Membasuh jamban

Via Pinterest

Buka satu tin atau sebotol coke dan tuangkan dalam mangkuk tandas. Biarkan sekurang-kurangnya sejam sebelum memberus dan menyentalnya.

2. Memerap daging barbeku

Via Rita E/Pixabay

Air coke dipercayai dapat melembutkan dan caramelized daging.

3. Menghilangkan karat

Via Pixabay

Basikal berkarat dan buntut kuali hitam? Asid fosforik dalam coke ini membantu menghakis karat tersebut. Namun kita tetap okay jika meminumnya kerana perut kita jauh lebih berasid.

4. Membunuh serangga

Via Pixabay

Bauan manis coke ini dikatakan mampu menarik minat serangga untuk meminumnya sebelum jatuh tergelincir dan mati lemas dalam air soda itu. Ataupun bahan kimia di dalam air itu memeningkan sesetengah haiwan.

5. Menghilangkan kotoran degil pada pakaian

Via Style Caster

Sebelum basuh baju menggunakan bahan pencuci dan air, tuangkan air coke dulu pada kotoran di atas baju dan tunggu keajaiban berlaku.

Selain 5 perkara di atas, ada pelbagai lagi ‘tricks’ Coca-Cola seperti dalam siaran video ini:

Bagaimanapun resipi rahsia di sebalik air coke ini sekadar untuk bacaan santai, tidak semestinya wajib diikut dan dicuba.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca