Seperti yang kita semua ketahui, China adalah sebuah negara yang sangat mahir dalam mereplikasi barangan. Mereka boleh meniru apa-apa sahaja, dari segi kasut, pakaian sehinggalah alat elektronik.
Sejak dahulu lagi, kebanyakan usahawan di China terkenal dengan ‘teknik peniruan’. Ada di antara mereka juga mengambil langkah mudah dengan membangunkan jenama sendiri berdasarkan produk orang lain.
Oleh itu, jika anda sedang berjalan-jalan di Beijing atau di tempat lain di negara China, anda jangan terkejut jika terlihat kedai makanan segera yang seakan-akan sama seperti di Malaysia. Antaranya adalah:
1. Starbucks = Star Fucks
2. Burger King = Cheese King
3. Pizza Hut = Pizza Huh
4. McDonald’s = Michael Alone
5. KFC = OFC
Ia merupakan antara kedai versi palsu yang terdapat di China. Kalau anda perasan, setiap rekaan yang dibangunkan, ia seakan-akan kedai yang sudah sedia ada di Malaysia. Ia sesuatu yang sangat unik tetapi agak melucukan kerana nama kedai yang dipamerkan juga seakan sama dengan jenama-janama lain antarabangsa.
Sumber: ILUMINASI