Berita duka buat peminat-peminat komik apabila Stan Lee meninggal dunia pada usia 95 tahun. Walau bagaimanapun, karya seni dari Marvel Comics pasti akan dikenang oleh penggemarnya. Selain dikenali sebagai superhero disebabkan oleh hasil ciptaan beliau, Stan Lee juga turut memotivasi khalayak umum melalui kutipan kata bijaknya. Nak tahu? Di bawah merupakan kata-kata yang dihasilkan oleh beliau.
1. ‘Exelsior’, adalah moto hidup Stan Lee yang anda dapat terapkan dalam hidup anda – “Moto saya adalah ‘Excelsior’, sebuah kata-kata lama yang bermaksud ke atas dan seterusnya menuju kemuliaan yang lebih besar. Terus bergerak maju dan jika tiba waktunya, itulah saatnya. Tiada yang kekal abadi.”
2. “Hidup tak akan lengkap tanpa tentangan.” – Stan Lee mengajarkan kita untuk berani mengambil risiko sebab hidup kadang memang tidak sesuai dengan harapan.
3. Perbezaan itu bukan masalah, misalnya mempunyai kerjaya yang berbeza dari orang lain pada umumnya adalah perkara normal – “Saya pernah rasa malu kerana saya hanyalah pelukis komik, sementara orang lain membina jambatan atau bekerjaya di bidang kesihatan, dan kemudian saya mulai menyedari bahawa dunia hiburan adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan semua orang. Saya rasa bahawa jika anda dapat menghiburkan orang, anda telah melakukan perkara yang baik.”
4. Perbezaan adalah wadah untuk berlatih toleransi – “Kita hidup dalam masyarakat yang beragama. Jadi, kita harus belajar untuk hidup damai serta menghargai antara satu sama lain.”
5. Jangan rasa rendah diri dengan hidupmu, malah berusahalah untuk menjadi yang lebih baik – “Tiada orang yang mempunyai kehidupan sempurna. Setiap orang mempunyai sesuatu yang kadang-kadang tidak sesuai dengan harapan.”
Itulah beberapa petikan kata-kata yang memberi inspirasi dari Stan Lee. Beliau juga ialah seorang yang suka bergurau. Dengan segala hasil ciptaannya yang kreatif ini akan selamanya dikenang oleh generasi seterusnya atas melahirkan karya-karya yang luar biasa ketika bersama Marvel Comics.
Sumber: Hollywoodreporter, mprnews