Bila bercakap soal kanak-kanak, tentu anda akan terbayang akan kecomelan dan keletah mereka yang tentunya mampu menambat hati orang dewasa. Namun, tidak semua kanak-kanak mempunyai sifat setanding dengan usianya.
Di Barat, banyak kes jenayah juvana yang melibatkan kanak-kanak bahkan ada di antaranya memecah rekod sebagai pembunuh bersiri seawal usia 12 tahun.
Hari ini, kami kongsikan senarai 5 kanak-kanak paling kejam dalam sejarah manusia.
1. Amarjeet Sada
Pembunuh termuda dalam sejarah moden datang daripada India. Amarjeet Sada berusia 8 tahun ketika itu berasal dari Bihar, India.
Ibu Amarjeet meninggalkan adiknya yang berusia 6 bulan di sekolah tempat di mana dia mengajar dan telah membuat laporan polis selepas mendapat tahu anaknya telah hilang.
Pihak polis menemui mayat bayi tersebut berhampiran kampung Musahari. Amarjeet mengaku bahawa dia adalah individu yang telah membunuh adiknya dengan mencekik dan menghempuk kepala bayi tersebut dengan menggunakan batu besar sehingga hancur.
Menurut laporan, Amarjeet mengalami masalah psikologi yang membawa kepada pembunuhan adiknya. Amarjeet bukan sahaja hanya membunuh adiknya tetapi dia juga telah membunuh sepupu dan jirannya yang berusia 6 dan 9 bulan. Salah seorang pakar psikiatri mendedahkan bahawa Amarjeet ialah seorang yang berasa gembira apabila melihat orang lain mengalami kecederaan yang dilakukan olehnya.
2. Beth Thomas
Kisah Beth yang berusia 6 tahun pada 1992 ini sangat terkenal di seluruh dunia. Beth, seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai masalah psikologi kerana dia pernah didera secara seksual oleh bapa kandungnya sejak dari bayi lagi.
Sewaktu dia tinggal bersama keluarga angkatnya, perangai Beth bertukar menjadi seorang psiko dan dia mencuba untuk membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu menggunakan pisau.
Beth mengaku yang dia pernah menghantukkan kepala adik angkatnya ke lantai berkali-kali meskipun sudah dirayu untuk berhenti. Menurutnya lagi, dia memang gemar membunuh dan tidak merasakan ia perbuatan yang salah. Namun, Beth telah berubah dan dia telah menjadi seorang jururawat pada masa kini.
3. Andrew Golden Dan Mitchell Johnson
Andrew dan Mitchell merupakan pelajar di Westside Middle School di Arkansas, Amerika Syarikat, mereka membawa 9 senapang dan pistol serta mempunyai 2,000 peluru yang telah dicuri daripada rumah datuk Andrew ke sekolah mereka.
Kemudiannya mereka menembak 15 orang pelajar secara mengejut yang mana telah menyebabkan 5 daripada mereka, iaitu 4 orang pelajar dan seorang guru telah mati.
Ketika itu Andrew berusia 11 tahun dan Mitchell berusia 13 tahun, mereka adalah sebahagian daripada penjenayah yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di sekolah yang paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat.
4. Paul Henry Gingerich
Paul Henry Gingerich hanya berusia 12 tahun ketika dia menjadi individu termuda di Indiana, Amerika Syarikat yang dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara di atas kapasiti sebagai orang dewasa.
Dia dan rakannya yang berusia 15 tahun, Colt Lundy, telah membunuh bapa tiri Colt dengan menggunakan senjata api dan ia bukanlah satu kemalangan.
Paul dan Colt didakwa bersekongkol untuk melakukan jenayah tersebut kerana bapa tirinya itu dikatakan akan menghalang mereka daripada melarikan diri dari rumah.
Kedua-duanya telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun.
5. Natsumi
Sekitar 2004, seorang kanak-kanak Jepun perempuan berusia 12 tahun telah melakukan jenayah membunuh. Natsumi atau dikenali sebagai Girl A telah membunuh seorang rakan kelasnya yang berlaku di sebuah sekolah rendah, dengan mengerat kepala mangsa menggunakan pisau pemotong kertas.
Kes ini mendapat perhatian ramai pihak bahkan ada beberapa orang menjadikan kisah ini sebagai anime dan ia sangat popular di Jepun.
Apa pendapat anda? Antara kelima-lima kanak-kanak di atas, mana satu yang paling mengerikan untuk anda?
Sumber: USA Today, Richest dan Wanista.com