5 Kali ‘Chicken Dinner’ Berturut Dalam Sehari, Peluang Pasukan PUBG Malaysia Cerah

PUBG MALAYSIA

Empat pasukan PUBG Malaysia berjaya memenangi lima pusingan dalam perlawanan PUBG Mobile Pro League Season 4 semalam.

Pasukan Malaysia terdiri daripada Geek Fam, 4Rivals, Axis RedOne dan Team Secret membuat pencapaian yang luar biasa pada pusingan ke-10 ini.

Keputusan WWCD Grand Final Hari Kedua:
1. Map 6 – Erangel – Team Secret 🇲🇾
2. Map 7 – Miramar – Axis RedOne 🇲🇾
3. Map 8 – Erangel – Team Secret 🇲🇾
4. Map 9 – Sanhok – 4Rivals 🇲🇾
5. Map 10 – Erangel – Geek Fam 🇲🇾

Selain itu, pasukan Geek Fam juga digelar King of Comeback apabila berjaya memberikan 3054 damage dan mengutip 30 mata dalam satu pusingan sahaja.

Kini dua pasukan negara berada di tangga pertama dan kedua iaitu Team Secret dan Geek Fam.

Manakala Axis dan 4Rivals juga menunjukkan kemajuan yang baik serta berada di tangga ke-10 dan 11.

Prestasi pasukan-pasukan negara membuktikan potensi sebenar mereka di dalam perlawanan kali ini. Secara tidak langsung memberikan harapan dan peluang untuk mendapat tempat di pentas antarabangsa.

Babak akhir PMPL SEA CHAMPIONSHIP S4 akan berlangsung pada hari ini jam enam petang.

Adakah pasukan Malaysia bakal membawa pulang piala SEA musim kali ini? Sama-sama kita memberi sokongan dan doa buat atlet-atlet eSports kita.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca