Setiap orang pasti mempunyai masalah ‘pelupa’ dalam kehidupan seharian mereka akibat terlalu sibuk belajar ataupun bekerja. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu cenderung ke arah daya ingatan yang lemah. Tetapi, tahukah anda kajian mendapati gaya hidup dan tabiat makanan telah mempengaruhi daya ingatan manusia?
Ini kami kongsikan lima cara semula jadi yang boleh anda praktikkan untuk meningkatkan daya ingatan:
1. Kurangkan pengambilan gula

Pengambilan makanan bergula sering mengundang pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik termasuklah membuatkan otak menjadi lemah. Makan makanan bergula juga dapat menyebabkan penurunan kandungan otak, terutama di bahagian ingatan jangka pendek disimpan.
2. Tidur yang mencukupi

Ramai pakar kesihatan mengesyorkan agar orang dewasa tidur sekurang-kurangnya 7-9 jam sehari kerana kurang tidur boleh menyebabkan penurunan daya ingatan. Tidur turut memainkan peranan penting dalam penyatuan daya memori dan ingatan jangka pendek diperkuat serta dipindahkan keingatan jangka panjang yang kekal untuk selamanya.
3. Sentiasa melatih otak

Salah satu kaedah terbaik untuk melatih otak anda adalah dengan bermain permainan yang mencabar kerana permainan mampu meningkatkan daya ingatan. Permainan seperti teka silang kata dan catur dapat meningkatkan ingatan jangka pendek, kemahiran menyelesaikan masalah dan tumpuan.
4. Pengambilan vitamin D

Cahaya matahari antara jam 6 pagi hingga 10 pagi merupakan sumber vitamin D yang baik untuk tubuh manusia. Kekurangan vitamin D dalam badan kebiasaannya akan menyebabkan penyakit otak seperti Alzheimer. Namun begitu, di negara-negara yang beriklim dingin dan negara berkulit gelap, kebanyakkan mereka masih mengalami kekurangan vitamin D.
5. Banyakkan bersenam

Senaman sememangnya baik untuk kesihatan fizikal dan mental tidak kira sama ada kanak-kanak atau orang dewasa kerana mampu memberi manfaat kepada otak dan meningkatkan ingatan manusia. Malahan senaman juga meningkatkan perkembangan neuron, di mana otak akan menjadi lebih sihat.
Penulis:
- Akmal bin Abdull Mud Talib adalah pelajar dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Untuk membaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah: