Kebiasaannya di universiti mempunyai perangai pelajar yang boleh diketagori sebagai ‘menjengkelkan’. Korang yang pernah masuk atau sedang belajar di universiti pasti mengenali atau mempunyai rakan-rakan yang ‘menjengkelkan’ di dalam kelas kan?
So, hari ini kami kongsikan perangai pelajar yang menjengkelkan di universiti.
1. Datang Tangan Kosong
Ada tak kawan-kawan korang yang pergi ke kelas hanya berlenggang je? Yang perempuan pergi ke kelas hanya membawa handbag kecil dan pelajar lelaki hanya membawa dompet sahaja. Jika mereka hendak menggunakan pen atau kertas pasti mereka akan meminjam daripada kawan sebelah. Bila lecturer bagi kerja masa itu baru kelam kabut hendak mencari kertas dan pen.
2. Selalu Lewat
Pasti ada classmate korang yang selalu datang lambat kan? Hampir setiap hari mereka lewat ke kelas sehingga dikenali dan dicop sebagai budak yang sering datang lewat oleh lecturer. Selalunya lagi 15 minit kelas hampir tamat, mereka akan mengetuk pintu dan memberi salam sambil berkata “sorry miss, saya lambat bangun.”
3. Kerja Tidur Je
Asal masuk kelas tidur je sampai lecturer pun sudah malas hendak tegur. Perangai macam ini memang menyusahkan orang, bila masuk kelas tidur lepas itu kalau ada assignment barulah kelam kabut cari kawan tanya macam mana nak kena buat assignment tersebut.
4. Banyak Soalan
Pasti korang ada kawan yang suka bertanya kan? Semua benda dia hendak tahu. Tanya soalan bukan main banyak, tapi bila orang dah terangkan panjang lebar sepatah haram dia tak faham. Disebabkan perangai dia yang suka bertanya tu, menyebabkan kelas yang 2 jam jadi 3 jam.
Dia juga akan sering mengingatkan kerja yang pernah diberikan oleh lecturer. Disebabkan itu satu kelas akan sakit hati dengan dia. Selalunya perangai macam ni akan rasa diri mereka adalah best student.
5. Memilih Group Member
Kebanyakan dalam setiap kelas pasti ada berpuak-puak, lepas itu apabila lecturer beri tugasan berkumpulan mesti selalu hendak dengan kawan yang rapat sahaja. Bila lecturer beritahu yang dia akan agihkan ahli kumpulan, pasti akan ada yang tidak setuju.
Tetapi ada juga sesetengah pelajar ingin satu kumpulan dengan pelajar pandai untuk mendapatkan markah yang baik.
Memang betul kalau kita buat kerja dengan kawan baik, memang mudah disebabkan saling memahami. Tetapi apa salahnya jika kita memberi peluang kepada orang lain untuk bekerjasama dengan kita. Berkongsi ilmu kan bagus?
Untuk mereka yang sudah habis belajar, mesti senarai di atas mengimbas kembali kenangan di universiti dan untuk yang masih belajar, janganlah buat perangai-perangai ‘menjengkelkan’ ni.