Pemasaran digital dalam dunia perniagaan sudah semakin meluas terutama ianya telah menjadi satu taktik utama untuk mengembangkan bisnes.
Seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat kini yang banyak menghabiskan masa dalam talian, kaedah pelaksanaan pemasaran secara digital amat efektif kepada semua jenis perniagaan pada alaf baru ini.
Jadi, kebarangkalian perniagaan yang tidak mengaplikasikan pemasaran digital berkemungkinan tidak berpeluang untuk bertahan lama dalam industri.
Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan kaedah pemasaran digital sehinggakan sesetengah perniaga sanggup membuat pelaburan yang besar untuk mempromosikan perniagaan mereka secara dalam talian.
Tambahan pula, terdapat juga pelbagai jenis pemasaran digital yang boleh digunakan.
Berikut merupakan lima jenis pemasaran digital digemari oleh generasi perniagaan masa kini.
1. Optimasi Mesin Pencari (SEO)

Optimasi Mesin Pencari atau sering dikenali sebagai Search Engine Optimization (SEO) adalah sejenis cara untuk meningkatkan kesedaran pemasaran web atau kedudukan website anda di posisi tinggi dalam keputusan carian Google.
SEO mementingkan aspek teknikal dan aturan yang tepat terdiri daripada banyak faktor berbeza.
Terdapat dua bahagian SEO iaitu On-page dan OFF page. On-page SEO merujuk kepada perkara teknikal dalam kandungan laman web yang perlu anda fokus untuk optimasi SEO.
Antaranya seperti kata kunci, heading, subheading dan struktur laman web.
Manakala Off-page SEO pula berkaitan perkara yang perlu anda lakukan di luar laman web supaya kandungan anda berada di kedudukan teratas mesin pencari seperti backlink.
Walaupun ianya nampak seakan sukar untuk melepasinya, tetapi perkara ini mampu memberikan peningkatan terhadap enjin carian serta mendapatkan lalu lintas pengunjung secara organik.
Penggunaan teknik dan strategi yang tepat dapat membuatkan produk atau servis anda mudah dicari pada halaman pertama Google.
Bayangkan anda mempunyai bisnes kedai menjual baju raya dan anda ingin mempromosikan lagi jualan baju itu.
Dengan adanya SEO ini, saat orang mencari kedai menjual baju raya di enjin carian Google, nama bisnes anda akan berada di halaman pertama apabila anda menggunakan teknik SEO yang tepat.
Sehubungan dengan itu, ia mempunyai potensi besar kepada peniaga untuk menjana lebih banyak pelanggan dengan lebih meluas serta menaikkan hasil penjualan.
2. Pemasaran Media Sosial (Social media marketing)

Seperti sedia maklum, komunikasi memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan. Elemen ini telah dipermudahkan semenjak kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok.
Pemasaran media sosial boleh didefinisikan sebagai platform digital yang menghubungkan orang dan membantu dalam pertukaran maklumat.
Sebilangan besar rangkaian media sosial ini memberi pasaran digital sebagai satu cara untuk mempromosikan kesedaran jenama anda dengan mudah secara percuma.
Sekali gus medium pemasaran ini dapat meminimakan kos pengiklanan anda.
Menariknya lagi, anda dapat melihat maklum balas yang diterima dengan mudah semasa memasarkan produk atau servis di laman media sosial.
Ini kerana platform tersebut menyediakan ruang komunikasi dua hala yang sangat lancar dan memudahkan penciptaan imej mesra pelanggan.
Salah satu kelebihan terbesar yang datang bersama media sosial adalah keupayaan untuk melihat demografi pelanggan anda dengan terperinci seperti julat usia mereka, jantina, bangsa, agama dan pilihan produk yang mereka gemari semuanya dapat anda ketahui.
Teknik pemasaran jenis ini sememangnya diakui sebagai alat pemasaran terbesar dan dominan pada masa kini.
Para pemilik perniagaan tidak kira sama ada kecil mahupun besar perlu mengaplikasikannya dalam meningkatkan pasaran perniagaan anda.
3. Pemasaran kandungan (Content marketing)

Terlalu banyak peniaga tidak dapat membezakan pemasaran kandungan dengan pengiklanan.
Pada dasarnya, pemasaran kandungan adalah mengenai penghasilan kandungan berkualiti tinggi yang disasarkan kepada kumpulan penonton tertentu.
Pemasaran kandungan tidak selalunya memberi impak serta-merta, ianya merupakan satu strategi yang memerlukan momentum dan hala tuju.
Ini supaya anda boleh membimbing khalayak melalui proses pembelian, pengekalan atau penjualan tinggi.
Jenis pemasaran kandungan yang sering digunakan biasanya mampu membantu usaha pemasaran secara keseluruhan seperti artikel, video dan maklumat grafik.
Ini merangkumi penerbitan kandungan secara berkala dan kerap yang boleh memberi inspirasi serta menghiburkan pembaca atau pelanggan.
Strategi pemasaran ini secara tidak langsung menarik orang luar untuk menjadi pelanggan jadi anda memerlukan rancangan pemasaran kandungan yang kukuh.
Perlu diingat juga bahawa anda harus menyesuaikan strategi pemasaran kandungan dengan menganalisis pesaing perniagaan anda.
Ada kalanya sesetengah bisnes boleh mendominasi pemasaran kandungan mereka kerana kurangnya persaingan, namun ada juga yang ketinggalan persaingan hanya kerana mereka tidak dapat menandingi sumber daya yang digunakan pesaing mereka.
Oleh itu, langkah yang tepat perlu disusun dengan baik sebelum memulakan pemasaran kandungan ini.
4. Pemasaran e-mel (Email marketing)

Pemasaran e-mel antara cara pemasaran yang sering dilakukan oleh perniagaan dalam talian untuk menjana kesedaran jenama, pemerolehan pelanggan baru, penukaran dan pengekalan pelanggan.
Ini merupakan kaedah paling berharga kerana tawaran anda dapat langsung masuk ke kotak masuk e-mel calon pelanggan yang berpotensi dan terus dibaca oleh mereka.
Anda boleh menghantar e-mel kepada calon pelanggan yang belum pernah membeli produk atau mencuba servis anda dan juga kepada mereka yang sudah menjadi pelanggan.
Perkara ini juga boleh mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan yang sedia ada.
Melalui akses ke perisian pemasaran e-mel, bisnes anda dapat mengatur strategi automatik untuk membangun hubungan yang lebih mendalam dengan khalayak sasaran anda.
Jadi, anda pelu menetapkan objektif yang jelas dari awal agar membantu anda menentukan segala hal yang berkaitan dengan kempen serta menjadikannya lebih berkesan.
Selain itu, anda mesti menentukan kekerapan yang paling sesuai untuk mengirimkan e-mel. Sebagai asasnya, dua e-mel setiap bulan boleh menjadi cara yang baik untuk bermula.
Pemasaran e-mel boleh meningkatkan pendapatan anda jika anda melakukannya dengan betul.
Ia adalah satu alternatif yang hebat untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara peribadi sehingga dapat memupuk kepercayaan pelanggan terhadap jenama bisnes yang anda miliki.
5. Pengiklanan media (Media advertising)
Yang kelima pula adalah pengiklanan media. Kaedah ini agak berbeza daripada yang lain kerana ianya berbayar, memerlukan anda untuk mengeluarkan sebilangan wang.
Pada masa kini terdapat banyak media elektronik yang boleh digunakan untuk mengiklankan produk atau servis anda.
Antaranya adalah seperti pengiklanan di radio, televisyen, video dan internet. Media ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orang ramai.
Teknologi iklan digital ini bukan sahaja mempengaruhi pengguna di Internet, tetapi juga memindahkan calon pelanggan dari persekitaran luar talian ke pengguna dalam talian.
Walaupun cara ini agak sedikit mahal, namun anda akan mendapat konsumen dan hasil yang lebih cepat.
Setiap kempen akan berbeza mengikut perniagaan masing-masing serta objektif yang berlainan.
Walaupun menentukan kaedah mana yang paling sesuai untuk jenama anda akan mengambil sedikit masa, akan tetapi dengan adanya cara pemasaran digital seperti ini ianya memudahkan anda untuk memilihnya.
Lejen Digital Pakar Dalam Pemasaran Digital
Untuk pengetahuan anda, Lejen Digital mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan media sosial dengan pengalaman luas melebihi 10 tahun menguruskan akaun media sosial syarikat-syarikat ternama di Malaysia.
Untuk membantu anda dapat fokus sepenuhnya dalam membangunkan dan membina perniagaan, Lejen Digital akan menguruskan akaun media sosial anda secara keseluruhan.
Antaranya seperti kemas kini kandungan yang diselaraskan dengan trend terkini dan lebih interaktif mengikut keperluan algoritma terbaharu Instagram, Facebook dan Twitter, balas komen dan direct message (DM) daripada pelanggan, poster, kapsyen dengan update story.
Selain daripada servis pengurusan media sosial, Lejen Digital turut menawarkan kempen pemasaran bersepadu (integrated marketing).
Di sini kami akan menyediakan artikel tentang perniagaan anda di portal yang mempunyai lebih empat juta pembaca.
Yang paling penting, atikel tersebut sememangnya menepati search engine optimization (SEO) dan akan kekal selama-lamanya supaya perniagaan anda akan sentiasa berada di halaman pertama carian Google.
Seperti yang diterangkan sebelum ini, kedua-dua jenis pemasaran digital tersebut amat berguna dan banyak memberi faedah kepada setiap jenis bisnes yang ada dalam dunia perniagaan ini.
Sebarang pertanyaan berkenaan pakej-pakej di atas boleh dibuat dengan klik pada pautan ini atau anda boleh terus WhatsApp 018-261 9410 (Suhaira).
Untuk melihat maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi laman media sosial rasmi Lejen Digital yang tertera:
Laman web: https://lejen.digital/
Facebook: https://www.facebook.com/lejendigital
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: