5 Jenis Makan Ringan Yang Sesuai Untuk Pesakit Hipertensi Yang Ramai Tak Tahu

Pesakit hipertensi atau pesakit tekanan darah tinggi memang harus berhati-hati dalam pemilihan makanan, khasnya bagi mereka yang ingin mencari makanan ringan di waktu petang. Mereka harus mengurangkan pengambilan garam sodium (natrium) yang akan menyebabkan tekanan darah mereka naik terlalu tinggi sehingga tidak terkawal.

Namun begitu, mereka masih boleh mengambil makanan-makanan tertentu lagi berkhasiat di waktu petang. Ambil dalam jumlah yang sederhana dan harus diambil secara berselang-seli dengan makanan yang lain.

Berikut 5 jenis makanan yang sesuai untuk pesakit hipertensi ialah:

1. Buah pisang

Makan sebiji atau dua biji buah pisang sangat bagus bagi pesakit hipertensi. Pisang membantu kita mendapatkan tenaga, serat (fiber) dan mineral potassium. Potassium membantu merendahkan tekanan darah kerana ia mengembangkan saluran darah di seluruh badan.

Kesannya tidak secepat ubat untuk penyakit darah tinggi yang dibekalkan oleh doktor. Jadi mengambil sebiji atau dua buah pisang dalam seminggu sangat digalakkan untuk membantu merendahkan tekanan darah.

2. Kacang

Kacang (nuts) dan kekacang (legume) yang digunakan sebagai sayur-sayuran dalam masakan. Ia makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit hipertensi. Segenggam kacang dan kekacang seperti kacang walnut, hazelnut, dan kacang pistachio memang sedap dimakan. Tetapi cuba elakkan dari makan kacang yang digaul dengan garam yang masin.

3. Yoghurt

Mengamalkan yoghurt dapat membantu menurunkan risiko untuk mendapat hipertensi. Dicadangkan mengambil yogurt sebanyak lima kali dalam seminggu kerana ia dapat merendahkan risiko sebanyak 20% dan pastikan mengambil yoghurt yang tidak manis.

4. Coklat hitam

Coklat hitam juga antara makanan ringan yang baik untuk kesihatan. Untuk mengambil makanan ringan kira-kira 100 gram sehari, sekurang-kurangnya 60% coklat hitam sangat membantu mengurangkan risiko mengalami penyakit hipertensi dan penyakit kardiovaskular.

Walaupun coklat hitam rasanya agak pahit sebab kandungan koko yang tinggi. Tetapi, ia dapat mengurangkan penyakit tersebut. Namun begitu, cuba elakkan coklat yang manis kerana ia tidak baik untuk kesihatan anda.

5. Minyak zaitun

Pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan sama ada dalam masakan atau diambil terus ke dalam mulut dapat membantu merendahkan tekanan darah. Ia bukan rahsia lagi dan telah dibuktikan dalam pelbagai journal tentang pemakanan dan perubatan.

Sebenarnya banyak lagi makanan yang natural boleh diambil untuk membantu kita menstabilkan tekanan darah yang dihadapi.

Cuba elakkan penambahan gula dalam makanan dan minuman. Selain itu, cuba kurangkan makanan yang berasaskan karbohidrat ringkas.

Pastikan anda mendapat serat dan mineral potassium dalam pemakanan anda. Bagi anda yang mempunyai masalah ginjal dan jantung, pengambilan potassium yang berlebihan mungkin berbahaya pada kesihatan anda. Jadi, ia mesti merujuk dulu dengan doktor yang merawat, jika anda sudah mengalami masalah ginjal dan jantung.

Perkongsian dengan izin penulis asal, Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Artikel Lain Untuk Di Baca