Dalam kehidupan kita pasti pernah dengar mengenai hidangan yang pelik dan amat menjijikkan . Tidak hanya dari cara penyajiannya, tetapi bahan-bahan yang digunakan mungkin semestinya pelik dan seolah-olah tidak percaya makanan itu wujud di dunia.
Berikut makanan yang pelik yang mungkin tidak pernah kita sangka.
1. Jing Leed (Belalang) – Thailand
Makanan ini panggil sebagai snek Thai iaitu belalang yang telah dicampur dengan garam, lada dan cili. Di goreng di dalam kuali besar. Hidangan ini seolah-oleh seperti makan popcorn. Perbezaanya, apabila digigit akan ada cecair dalam belalang tersebut.
2. Boendegi – Korea Selatan
Sejenis makanan dari ulat sutera yang dimasak dan dikukus. Ulat sutera ini merupakan salah satu makanan popular yang boleh ditemui di seluruh Korea Selatan. Rasa makanan ini seperti makan kayu (bahagian pokok yang keras).
3. Tarantula Goreng – Kemboja
Di Kemboja, tarantula goreng atau dalam bahasa lain disebut labah-labah goreng adalah sejenis makanan ringan yang lazim di makan oleh penduduk setempat.
4. Mata Tuna – Jepun
Makanan ini apabila dilihat agak menjijikkan, tetapi ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan sotong. Bukan sahaja daging tuna boleh dimakan, bahkan matanya juga boleh dimakan.
5. Balut – Filipina
Sejenis hidangan dari embrio itik yang direbus hidup dalam cangkerangnya. Walaupun ini merupakan hidangan tipikal Filipina, namun makanan ini jika dilihat amat tidak berselera untuk dimakan.
Diharap perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada para pembaca.
Semoga bermanfaat!