5 Jam Tangan Paling Mahal Di Dunia

Jam tangan merupakan satu aksesori yang mula digunakan pada tahun 1970an. Meskipun begitu, tidak semua orang mampu memilikinya pada zaman itu kerana harganya yang tinggi.

Walaupun terdapat pelbagai jam tangan yang wujud pada hari ini berada pada harga yang mampu milik, masih terdapat beberapa produk ini yang dihasilkan dengan perincian yang hebat sehingga mampu menaikkan harganya sehingga mampu mencecah jutaan ringgit.

Berikut merupakan lima jam tangan paling mahal di dunia.

1. Patek Philiper & Geneve

Jam Patek Philiper ini merupakan antara jam yang termahal yang pernah terjual di Switzerland. Dengan harga yang mampu mencecah sehingga RM47 juta, jam ini bukanlah seperti kebanyakan aksesori mewah lain di luar sana.

Mempunyai keunian tersendiri iaitu kalendar abadi konograf, hanya sebanyak 218 unit jam jenis ini sahaja pernah dihasilkan di seluruh dunia.

2. Graff Diamonds Hallucination

Memegang rekod harga jam termahal di dunia, jam tangan Graff Diamonds Hallucinations ini mampu mencecah RM235.4 juta.

Lebih tertumpu buat golongan wanita, jam tangan yang mempunyai gelang yang diperbuat daripada platinum ini dihiasi berlian pelbagai bentuk dan warna.

3. Graff Diamonds The Fascination

Jam The Fascination ini turut dikeluarkan oleh syarikat pembuat jam yang sama seperti jam tangan Graff Diamonds Hallucinations di atas.

Menduduki tempat kedua di dalam carta jam tangan termahal dunia, aksesori ini mampu mencapai harga sehingga RM171.2 juta.

Dihiasi berlian putih 152.96 karat yang jarang ditemui, jam The Fascination ini juga mampu berubah menjadi bentuk cincin yang sangat sesuai dijadikan hadiah lamaran buat mana-mana pasangan kekasih.

4. Jacob & Co. Billionaire Watch

Jam yang berasal dari New York ini merupakan hasil keluaran daripada Syarikat Jacob & Co. Berharga RM77 juta dan panjangnya yang mencecah 58 sentimeter, aksesori ini mempunyai kelebihan mekanisme pergerakan skeleton manual winding caliber JCA609 dan Tourbillon.

Selain itu, jam tangan ini juga dihiasi emas putih dan berlian berbentuk zamrud di atasnya.

5. Chopard 201-Carat Watch

Jam tangan yang dihiasi dengan pelbagai jenis berlian ini mampu mencecah harga sehingga RM107 juta.

Meskipun muka jamnya agak kecil, namun, berlian yang mengelilinginya amatlah bernilai dan mampu menarik mata sesiapa sahaja yang terlihatnya.

Selain itu, tiga berlian berbentuk hati di tengah jam ini juga mampu terbuka dan berbentuk seperti kelopak bunga apabila terkena cahaya matahari.

Penulis:

  • Noor Azwanie binti Arifin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan fesyen, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca