5 Helah Yang Digunakan Oleh Pelayan, Tetapi Ramai Orang Tidak Tahu

Ramai pemilik restoran suka menggunakan helah tidak mengira keadaan dan tempat namun, majoriti daripada kita tidak tahu bahawa mereka hanya menggunakan helah untuk memerangkap pelanggan supaya perniagaan mereka bertambah maju.

Hari ini, kami kongsikan beberapa kaedah licik yang digunakan oleh para pelayan untuk memastikan anda masuk ke dalam perangkap mereka.

1. Meja Yang Telah Ditempah Namun Sebenarnya Tidak Digunakan

Pernah tak anda perasaan bahawa posisi meja yang terbaik sering ditempah awal oleh orang lain? Namun, sebenarnya meja tersebut tidak ditempah oleh mana-mana pihak atau pelanggan lain. Hal ini kerana, pihak restoran ingin menunjukkan bahawa ramai pengunjung yang datang ke restoran mereka.

2. Pelayan Dengan Sengaja Membersihkan Pinggan Anda

Adakah anda pernah terfikir atau bimbang bahawa pelayan mengambil makanan anda jika anda meninggalkan meja makanan untuk ke tandas? Jika anda berfikir begitu, jawapannya adalah ya. Matlamat mereka adalah mengemas meja tersebut dan memastikan anda membuat pesanan semula sekiranya anda kembali ke meja tadi.

Hal ini kerana, anda pasti akan berasa malu sekiranya melihat meja anda telah kosong dan orang di sekeliling melihat anda. Oleh itu, anda mengambil keputusan untuk membuat pesanan semula.

3. Helah Dalam Menu

Walaupun ia jarang berlaku namun, banyak restoran masih melakukan helah ini. Adakah anda tahu bahawa harga dalam setiap menu makanan adalah mengikut berat makanan? Seperti setiap menu makanan yang dihidangkan adalah 100g berat sesuatu makanan. Namun, realitinya setiap hidangan akan mengandungi lebih daripada 100g.

Jika hidangan makanan tersebut melebihi 100g, maka harga makanan akan menjadi meningkat. Para pelayan tidak akan memberi amaran atau memberitahu anda mengenai hal ini.

4. Makanan Ringan Percuma Adalah Perangkap

Makanan ringan percuma kelihatan seperti perkara yang menarik dilakukan oleh setiap pemilik restoran untuk menarik pelanggan datang ke restoran mereka. Namun, sebenarnya makanan ini akan menyebabkan anda berasa cepat dahaga dan pasti akan memesan air untuk menghilangkan rasa dahaga tersebut. Kita sedia maklum bahawa snek yang disediakan adalah percuma tetapi air minuman yang kita pesan untuk menghilangkan dahaga akan masuk ke dalam bil yang perlu anda bayar.

Helah ini sering digunakan oleh pihak restoran untuk menarik perhatian para pelanggan dan kebanyakan pelanggan tidak mengetahui cara ini adalah helah yang memerangkap mereka untuk berbelanja lebih.

5. Pelayan Tidak Akan Mencadangkan Sesuatu Sekiranya Mereka Tidak Mendapatkan Ganjaran

Jika seorang pelayan benar-benar berusaha keras membuat anda memesan sesuatu, anda janganlah mudah terpedaya dengan mereka. Hal ini kerana, jika mereka berjaya membuatkan pelanggan memesan makanan yang mereka cadangkan, mereka akan mendapat bonus daripada jualan makanan tersebut. Terdapat juga kemungkinan makanan yang mereka cadangkan adalah makanan yang mengandungi bahan makanan yang hampir luput tarikhnya.

Oleh itu, jangan mudah percaya dengan apa yang diucapakan oleh para pelayan restoran.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca