5 Fungsi Terbaru Yang Sedang Dibangunkan WhatsApp

WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan pesanan paling popular di dunia dengan lebih 2 billion pengguna di seluruh dunia. Platform ini kerap dikemas kini dengan ciri-ciri baru bagi memastikan pengguna mendapat pengalaman penggunaan yang terkini.

Sebelum ini, WhatsApp telah melancarkan mod gelap dan telah meningkatkan lagi had panggilan suara dan video bagi group call daripada empat ke lapan orang, serta banyak lagi.

Mari kami kongsikan antara lima fungsi terbaru yang pasti akan menggembirakan para pengguna aplikasi ini.

1. Self-destructing messsages

Ciri ini sebenarnya sudah lama digunakan. Sama seperti WhatsApp stories atau status yang akan hilang selepas 24 jam, pengguna akan dapat menghantar mesej yang akan hilang secara automatik dalam jangka masa yang ditetapkan. Self-destructing messages telah diubah namanya menjadi Hapus Mesej (Delete Message) dan dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

2. Sokongan pelbagai peranti

Selama berbulan-bulan, WhatsApp telah menguji sokongan pelbagai peranti. Setelah diaktifkan, ia akan membolehkan pengguna log masuk ke akaun WhatsApp mereka pada lebih daripada satu peranti pada masa yang sama.

Seperti yang kita tahu, ketika ini pengguna hanya dibernarkan log masuk ke akaun WhatsApp mereka pada satu peranti sahaja. Setelah akaun yang sama dilog masuk ke peranti lain, ia akan keluar dari peranti pertama secara automatik.

3. WhatsApp kod QR

Ciri lain yang sedang diusakahan adalah pengguna boleh menambah kenalan baru hanya dengan mengimbas kod QR. Pengguna akan dapat memaparkan kod QR kenalan mereka sendiri serta mengimbas kod QR orang lain untuk menambahkannya ke kenalan mereka.

Untuk rekod, versi ini sudah tersedia dalam versi beta dari platform Android dan iOS dan dijangka akan dilancarkan dalam waktu yang terdekat ini.

4. Last seen untuk kenalan tertentu

Antara ciri yang paling menarik yang sedang dibangunkan WhatsApp adalah last seen untuk kenalan tertentu sahaja. Sekiranya digunakan, hanya kenalan yang terpilih sahaja dapat melihat status last seen tersebut. Anda juga boleh menetapkan bilangan kenalan yang dipilih itu.

5. In-app browser

WhatsApp juga turut membangunkan fungsi carian dalam aplikasi. Pengguna yang menekan sambungan link tidak akan dibawa ke mana-mana web browser lagi. Ciri ini dapat meminimumkan masa untuk membuka link tersebut.

Untuk pengetahuan, ciri ini telah diguna pakai oleh aplikasi lain seperti Twitter dan LinkedIn.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan aplikasi WhatsApp, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca