5 Fungsi Dan Manfaat Lidah Buaya Dalam Kehidupan Seharian

Lidah buaya atau nama lainnya aloe vera merupakan sejenis tumbuhan hijau yang berair, daun yang keras dan terkandung isi atau gel yang berlendir di dalamnya. Kelebihan pokok lidah buaya seringkali diguna pakai dalam produk-produk kecantikan malahan sekaligus membantu penjagaan rambut, kulit, penawar luka, pembuatan minuman, dan banyak lagi.

Ini kami kongsikan lima manfaat lidah buaya dalam kehidupan seharian:

1.Menyembuhkan luka terbakar

Sumber: aradbranding

Lidah buaya dapat membantu proses pemulihan kulit luka seperti kulit yang terbakar. Kajian saintifik mengesahkan bahawa dengan menggunakan lidah buaya sebagai pengganti ubat dapat merawat kulit terbakar pada tahap pertama dan kedua. Cara penggunaan hanya perlu menyapu gel tersebut ke atas permukaan kulit yang luka dengan kerap.

2. Merawat rambut dengan baik

Sumber: amazonaws

Menyapu gel lidah buaya dari pangkal hingga ke hujung rambut selama 20 minit dan bilas mampu menjadikan rambut kekal sihat serta cantik. Kesan lainnya dapat dilihat melalui rambut yang lebat, hitam, lembut dan terhindar dari kulit kepala yang berminyak. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan kelemumur dan rasa gatal-gatal pada kepala.

3. Memulihkan kulit dengan cepat

Sumber: cdn-image

Individu yang mempunyai masalah kulit kering sangat digalakkan untuk menggunakan lidah buaya sebagai peganti pelembap kulit kepala. Selain berfungsi untuk kulit badan, kulit muka juga selamat untuk digunakan dalam memudarkan bintik hitam bekas jerawat, bekas campak atau bekas luka.

Lidah buaya juga mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan cara penggunaannya hanya sapukan gel lidah buaya di bahagian yang bermasalah dengan kerap untuk mendapat hasil yang baik.

4. Melancarkan pencernaan

Sumber: cosmopolitanfm

Tidak hanya digunakan untuk kegunaan luaran sahaja, gel lidah buaya juga boleh dijadikan minuman jus sebagai proses melancarkan pencernaan. Namun begitu, anda tidak disarankan untuk kerap meminumnya disebabkan oleh kesan sampingan yang tidak diingini. Sebelum membuat jus hendaklah dipastikan keadaan lidah buaya tersebut dalam bersih dari sebarang duri.

5. Penyeri halaman rumah

Sumber: google

Kebaikan lain yang boleh dimanfaatkan dari pokok lidah buaya adalah dengan menjadikannya sebagai perhiasan rumah. Pokok lidah buaya tampak cantik sebagai penyeri laman di rumah malahan sebagai peganti pembersih udara daripada bahan kimia yang berbahaya. Pokok ini amat mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok yang lain.

Petua tambahan adalah dengan meletak gel lidah buaya dalam peti sejuk sebelum menggunakannya untuk sensasi yang lebih dingin, nyaman dan menyegarkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca.

Penulis:

  • Nurul Sufiah Binti Ab Majid adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca