5 Filem Seram Diadaptasi Dari Kisah Jenayah Sebenar

Filem bergenre seram bukan sahaja mampu memberikan kejutan ketika sedang menonton malah mampu mendatangkan ketakutan kepada individu yang menontonnya. Selain diadaptasi daripada novel atau buku, terdapat juga segelintir pembikin filem yang lebih gemar untuk menghasilkan filem berdasarkan daripada kisah sebenar.

Berikut kami kongsikan lima filem yang diambil daripada kisah sebenar:

1.The Texas Chainsaw Massacre

Sumber: Den Of Geek

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa filem seram ini diadaptasi daripada kisah penjenayah sebenar, iaitu Ed Gein yang disyaki telah meragut nyawa pada tahun 1954 dan 1957. Namun begitu, hanya watak di dalam filem tersebut sahaja yang dihasilkan berdasarkan jenayah yang dilakukan manakala jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata.

Menurut Biography, Ed terkenal dengan gelaran The Butcher telah dibesarkan oleh seorang ibu yang sering mengawal dirinya. Namun selepas pemergian ibunya, kesihatan mental Ed telah terjejas. Penangkapan Ed pada tahun 1957, siasatan telah mendapati dalam rumahnya terdapat organ manusia, pakaian dan aksesori yang dibuat daripada bahagian badan manusia.

Ed yang merupakan seorang lelaki mengalami gangguan emosi dikatakan sering melawat tanah perkuburan dan menggali kubur yang meyerupai mayat mendiang ibunya.

2. The Amityville Murders

Sumber: Film Threat

Buat peminat filem bergenre seram pasti mengetahui bahawa filem The Amityville Murders berkisarkan mengenai keluarga DeFeo yang menghuni rumah Amityville. Filem ini telah dihasilkan daripada kisah benar yang berlaku pada bulan November 1974 di mana Ronald DeFeo Jr telah mengambil nyawa keluarganya ketika mereka semua sedang tidur.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada jam 3.15 pagi di mana pemuda berusia 23 tahun itu telah memasuki dari bilik ke bilik dan menembak kedua ibu bapanya serta keempat-empat adik beradik menggunakan senapang kaliber 35.

Menurut portal All Thats Interesting, Ronald telah membesar dengan sumber kewangan yang mencukupi namun difahamkan ayahnya seorang yang bersikap dominan dan sering bertindak kasar terhadap ibunya. Susulan daripada kejadian itu, Ronald mempunyai kesukaran ketika membesar dan sering bergantung kepada ubat dan minuman alkohol.

3. IT

Sumber: Vox

Tahukah anda bahawa watak badut di dalam filem IT, Pennywise dikatakan diambil berdasarkan kisah sebenar? Teori yang dilaporkan oleh laman web Screen Rant, John Wayne Gacy merupakan penjenayah bersiri yang sering berpakaian seperti badut.

Gacy dikatakan sering dilihat di hospital dengan berpakaian seperti badut dengan nama ‘Pogo the Clown‘ atau ‘Patches the Clown‘. Walaupun begitu, pada 21 Disember 1978, Gacy telah ditangkap dan disabitkan dengan 33 kesalahan, dijatuhkan hukuman mati pada 13 Mac 1980 dan menjalani suntikan maut pada 10 Mei 1994.

Teori tersebut telah mencetuskan perbalahan sama ada Gacy benar-benar mempengaruhi penciptaan watak Pennywise atau tidak kerana kedua-duanya berpakaian badut dan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran mereka. Namun begitu, sewaktu Gacy disabitkan dengan kesalahannya pada tahun 1980, penulis Stephen King telah pun bermula menulis novel, IT.

4. A Nightmare On Elm Street

Sumber: FanBolt

Filem terkenal dengan tajuk A Nightmare On Elm Street ini juga sebenarnya adalah berdasarkan kejadian sebenar. Menurut portal Screen Rant, pengarah filem tersebut, Wes Craven memberitahu bahawa ilham tercetus bagi watak Freddy Krueger terjadi sejurus selepas terbaca mengenai sebuah keluarga yang melarikan diri daripada diburu di Kemboja.

Kisah bermula apabila setelah melarikan diri ke Amerika Syarikat, anak lelaki dari keluarga tersebut mengalami mimpi buruk di mana sesuatu sedang mengejarnya dan ketakutan itu telah menyebabkan dia takut untuk tidur serta terjaga selama berhari-hari. Namun pada suatu hari, anak lelaki tersebut akhirnya telah tertidur dan menjerit di tengah malam.

Difahamkan kanak-kanak lelaki itu telah meninggal dunia dalam tidur ketika ibu bapanya tiba di bilik dan dipercayai dia telah mengalami mimpi ngeri yang menakutkan. Tragedi tersebut kemudiannya difahamkan telah menjadi tema utama bagi filem ini.

5. Scream

Sumber: Pinterest

Semua pasti ingat akan filem yang berjudul Scream bukan? Ramai yang tidak tahu tetapi filem Scream ini sebenarnya dihasilkan berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1990 di Florida.

Menurut portal Screen Rant, pembunuh sebenar adalah Danny Rolling atau dikenali sebagai ‘Gainesville Ripper‘. Rolling telah meragut nyawa lima pelajar dalam tempoh empat hari pada bulan Ogos tahun 1990 dan ditangkap setelah dikaitkan dengan jenayahnya yang sebelum ini di Louisiana.

Pengarah filem tersebut, Kevin Williamson memberitahu bahawa ketika dia sedang menonton televisyen mengenai ‘Gainesville Ripper‘, terlintas difikirannya betapa mudah seorang penjenayah untuk pecah masuk rumah tetapi hasil ketakutan itu telah berubah menjadi sebuah inspirasi.

Jadi, ada yang berani untuk menonton semula filem- filem ini selepas mengetahui perkara sebenar?

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca