5 Filem Korea Diadaptasi Dari Kisah Benar

Tidak dinafikan ‘demam’ filem dan drama Korea sememangnya perlahan-lahan mendapat tempat dalam hati penonton. Ini kerana filem dan drama yang dihasilkan mempunyai kualiti tidak kira bergenre fiksyen mahupun diambil daripada kisah sebenar.

Berikut adalah lima filem Korea yang diambil dari kisah sebenar yang terjadi:

1.Silenced

Sumber: Feminism In India

Filem ini diadaptasikan dari sebuah novel yang berdasarkan kisah benar yang berlaku pada awal tahun 2000. Filem ini menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di Gwangju Inhwa School, sebuah sekolah untuk pelajar cacat pendengaran di mana pelajarnya telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh anggota sekolah tersebut selama 5 tahun berturut-turut.

2. Hope

Sumber: Netflix

Filem yang penuh emosi ini mengisahkan So-won yang berusia lapan tahun telah diculik, dipukul dan diperkosa oleh seorang lelaki tidak dikenaki ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah. So-won berjaya diselamatkan dan filem ini memaparkan kisah perjalanan So-won dan kedua ibu bapanya selepas kejadian itu terjadi.

3. 71: Into The Fire

Sumber: asianwiki

Filem ini adalah berkisarkan kisah benar mengenai sekumpulan 71 tentera-tentera pelajar Korea Selatan yang terlatih dan tidak bersenjata semasa Perang Korea, yang kebanyakkannya terbunuh pada 11 Ogos 1950, semasa Pertempuran P’ohang-dong. Selama 11 jam, mereka telah mempertahankan sekolah menengah perempuan P’ohang.

4. The Case of Itaewon Homicide

Sumber: Youtube

The Case of Itaewon Homicide adalah filem Korea Selatan 2009, berdasarkan kisah sebenar kes pembunuhan Itaewon, yang melibatkan pelajar kolej Hongik Cho Jung-Pil ditemui mati di Itaewon Burger King pada tahun 1997. Filem ini menceritakan kembali kes yang dikenali sebagai ‘Kes Pembunuhan Itaewon’ yang pernah mengejutkan rakyat Korea Selatan.

5. Han Gong-ju

Sumber: The New York Times

Han Gong-ju adalah filem Korea Selatan 2013 yang ditulis dan diarahkan oleh Lee Su-jin, yang dibintangi oleh Chun Woo-hee sebagai watak utama yang mengisahkan kisah seorang pelajar sekolah yang diperkosa secara beramai-ramai oleh 44 orang pelajar lelaki. Filem ini telah diilhamkan oleh kes perkosa geng Miryang yang terkenal pada tahun 2004.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca