Pernahkah anda melawati sebuah tempat baharu tetapi gerak hati anda seperti pernah berada di kawasan tersebut sebelum ini? Kami kongsikan lima fenomena pelik yang kerap berlaku kepada otak manusia:
1. Déjà vu
Déjà vu dalam bahasa Perancis membawa maksud pernah melihat sesuatu. Untuk itu, déjà vu merupakan sebuah keadaan di mana anda berasa sangat yakin pernah berada dalam situasi yang sama sebelum ini.
2. Déjà vécu
Déjà vécu hampir sama dengan déjà vu tetapi déjà vécu ini dikatakan mempunyai perasaan yang lebih kuat berbanding déjà vu.
Sekiranya déjà vu ialah sebuah keadaan di mana anda pernah berada dalam situasi terbabit tetapi agak samar bayangannya, déjà vécu pula merupakan perasaan anda selepas berada dalam situasi tersebut.
Walaupun begitu, perasaan yang dialami itu lebih terperinci kerana anda mengenali bayangan suara dan bau-bauan tersebut.
3. Déjà senti

Déjà senti berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud pernah merasakan sesuatu. Walau bagaimanapun, fenomena ini agak sukar untuk dijelaskan.
Hal ini kerana déjà senti merupakan keadaan di mana anda rasa seperti pernah berkata sesuatu tetapi rupa-rupanya, anda tidak berkata apa-apa lagi.
4. Déjà visité

Pernahkah anda melawati sebuah tempat baharu tetapi naluri anda kuat mengatakan bahawa anda pernah berada di tempat itu sebelum ini?
Walaupun begitu, anda tetap rasa sangat familiar dengan kawasan tersebut.
Fenomena ini dikenali sebagai déjà visité dalam bahasa Perancis iaitu perasaan pernah mengunjungi sesuatu kawasan yang tidak pernah dikunjungi pun sebelum ini.
5. Jamais vu
Jamais vu dalam bahasa Perancis ialah tidak pernah melihat.
Anda sememangnya pernah berada dalam situasi tersebut namun tidak berupaya untuk mengenali suasana dalam situasi berkenaan.
Individu yang kebiasaannya mengalami fenomena ini berada dalam keadaan yang sangat penat dan letih.
Antara kelima-lima fenomena yang termasuk dalam senarai di atas, pernahkah anda terkecuali daripada mengalami situasi berikut?
Penulis
- Rabiatul Adawiyah Addly @ Wardy adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.
Untuk baca dengan lebih lanjut mengenai fenomena pelik yang kerap berlaku kepada manusia, anda boleh klik pautan di bawah.