5 Fakta Yang Jarang Diketahui Tentang Cleopatra, Ratu Terakhir Mesir

Cleopatra merupakan ratu terakhir kerajaan Mesir dan mangkat pada 12 Ogos 31 SM atas sebab yang tidak diketahui. Baginda terkenal kerana kecantikannya dan dianggap sebagai reinkarnasi dewi Isis. Menurut Mesir Kuno, dewi Isis dipuja sebagai seorang ibu dan isteri yang ideal. Terdapat 5 fakta yang jarang diketahui tentang Cleopatra.

1. Bukan berasal dari negara Mesir

Walaupun Cleopatra merupakan seorang ratu Mesir tetapi baginda berasal daripada keturunan Yunani. Ptolemy adalah datuk moyangnya yang merupakan seorang jeneral dan bersahabat baik dengan Alexander The Great. Selepas kematian sahabat baiknya, Ptolemy mengambil alih pemerintahan Mesir pada tahun 232 SM. Ptolemy I Solter (namanya sebagai raja) berjaya mempertahankan kerajaan Mesir selama 3 abad lamanya. Sejak itu, baginda dibesarkan bersama 6 adik-beradiknya yang lain di istana Mesir.

2. Hasil perkahwinan antara adik-beradik

Sudah menjadi kebiasaan bagi keturunan diraja pada zaman dahulu untuk berkahwin sesama sendiri untuk menjaga kesucian darah keturunannya. Tidak terkecuali bahawa Cleopatra adalah hasil daripada perkahwinan ibu bapanya yang juga merupakan adik-beradik dan juga sepupu. Selepas kemangkatan bapanya, baginda terpaksa mengahwini dua adik lelakinya untuk terus memerintah kerajaan Mesir.

3. Kebijaksanaan dan kecantikannya

Cleopatra adalah seorang ratu Mesir yang serba berkebolehan dan dikurniakan wajah yang cantik. Baginda menguasai beberapa bahasa dan pandai dalam ilmu matematik, falsafah dan juga astronomi. Beberapa sumber sejarawan Mesir berpendapat bahawa Cleopatra digambarkan maskulin untuk menunjukkan kekuatannya.

Manakala bagi bangsa Romawi, Cleopatra digambarkan sebagai seorang wanita yang suka menggoda lelaki dengan menggunakan kecantikannya. Terdapat satu peristiwa di mana baginda menggunakan kebijaksanaan dan kecantikan untuk menjadikan Julius Caesar sebagai sekutunya. Baginda menyembunyikan diri di dalam permaidani semata-mata untuk berjumpa dengan Julius untuk dijadikan sekutu. Akhirnya, Julius tertarik dengan kecantikan Cleopatra dan menjadi pasangan kekasih.

4. Memimpin kapal perang dalam pertempuran angkatan laut

Hubungan antara Cleopatra dan Mark Antony menjadi skandal terbesar di Rom. Pengkhianat yang bernama Octavian mengumumkan peperangan antara mereka. Pertempuran ini berlaku pada 21 September 31 SM di laut Iona dan juga dikenali sebagai pertempuran Actium. Disebabkan banyak konflik yang berlaku, baginda terpaksa memimpin sendiri kapal perang dalam pertempuran tersebut. Kemenangan berpihak kepada Octavian dan menyebabkan Antony dan Cleopatra terpaksa melarikan diri ke Mesir.

5. Filem Cleopatra adalah filem paling mahal diterbitkan

Sumber: theaceblackblog.com

Filem Cleopatra dihasilkan oleh Claudette Colbert dan Sophia Loren pada tahun 1963. Filem ini mengisahkan tentang perjuangan Cleopatra dalam menentang empayar Rom dan watak Cleopatra dipegang oleh Elizabeth Taylor. Filem tersebut mendapat keuntungan yang besar iaitu sebanyak $57.7 juta tetapi ditolak dengan kos penerbitan dan pemasaran yang berjumlah sebanyak $44 juta. Ini menjadikan filem ini sebagai filem paling mahal diterbitkan dan menyebabkan syarikat 20th Fox Century hampir muflis.

Rupanya banyak perkara yang kita tidak ketahui tentang Cleopatra.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca