5 Fakta Yang Anda Harus Tahu Tentang Singapura

Pernahkah anda berkunjung ke Singapura? Untuk pengetahuan anda, Singapura adalah sebuah negara yang kecil tetapi maju dan moden. Ramai yang memilih untuk melancong ke negara ini.

Di sebalik kemajuan dan kemodenan negara ini, terdapat beberapa fakta menarik yang harus anda tahu tentang Singapura. Di sini kami kongsikan 5 fakta tentang Singapura:

1. Singapura adalah antara 20 negara yang terkecil di dunia. Luasnya hanya 710 kilometer persegi, iaitu bersamaan 2.862 kali lebih kecil dari Indonesia.

2. Negara yang mempunyai kadar kepadatan penduduk yang tinggi meskipun negaranya kecil. Kepadatan penduduk di negara ini mencapai lebih kurang 6.340 orang per kilometer persegi.

3. Oleh sebab Singapura adalah antara negara yang terkecil, kebanyakan rumah di negara ini adalah jenis apartment. Kajian juga mengatakan bahawa 9/10 penduduk tinggal di apartment. Hal ini demikian kerana kepadatan tanah di negara ini adalah terhad.

4. Di Singapura, terdapat sebuah patung yang berkepala singa dan berbadan ikan. Ia diberi nama Merlion iaitu menjadi simbol atau mercu tanda negara ini. ‘Mer’ bermaksud asal usul negara ini adalah kampung nelayan, manakala ‘Lion’ bermaksud kota singa.

5. Singapura adalah negara kepulauan yang terdiri dari satu pulau utama dan terdapat 63 lagi pulau-pulau kecil. Sebahagian pulau di negara ini masih lagi belum berpenghuni.

Tersebut adalah antara 5 fakta yang anda harus tahu tentang negara Singapura ini. Jadi, jika anda berpeluang dan mempunyai masa lapang, datanglah melancong dan menerokai negara kepulauan ini.

Dengar cerita, Lejen Press ada terbitkan sebuah komik berkonsepkan travelogue yang berjudul Singapura, Aku Datang! Sebelum berkunjung ke sana, bolehlah dapatkan komik ini dulu kerana terdapat pelbagai maklumat termasuklah tempat tinggal, tempat makan menarik dan tempat-tempat yang patut anda kunjungi di sana. Jadi, tunggu apa lagi?

Penulis

  • Shahrul Azfar Badarzaman adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca