5 Fakta Menarik Orang Yang Bertangan Kidal

Majoriti daripada kita melakukan pelbagai aktiviti menggunakan tangan kanan. Malah sejak kecil lagi, kebanyakan kanak-kanak memegang objek secara automatik dengan tangan kanan.

Tetapi terdapat juga sebilangan orang yang dilahirkan dengan kecenderungan menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali sebagai kidal. Ini berlaku kerana mereka berasakan tangan kiri lebih kuat daripada tangan kanan. Secara tidak langsung, individu kidal ini melakukan banyak perkara menggunakan tangan kiri.

Sebenarnya, tidak ramai yang dilahirkan kidal. Mereka terdiri daripada 15 peratus populasi di dunia dan dianggap unik serta kreatif.

Kami kongsikan 5 keistimewaan orang yang bertangan kidal

1. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Alan Searleman dari St.Lawrence University di New York, ia menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fizikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi berbanding dengan mereka yang aktif dengan tangan kanan.

2. Menurut laporan yang dibentangkan Pusat Perubatan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, pendengaran orang kidal lebih tajam dan mampu membezakan jenis suara dengan baik. Ini berbeza dengan orang tangan kanan yang lebih dinamik dan mudah berubah hingga tidak sensitif dalam membezakan jenis suara.

3. Hasil kajian terhadap lebih 2,000 orang kidal menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada mereka lebih berbakat dalam bidang seni dan artistik.

4. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer serta memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal manakala 4 daripada 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan bertangan kidal.

5. Antara orang berpengaruh yang kidal ialah Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Ronald Reagan, Angelina Jolie, Putera William, Mark Zuckerberg, Man Kidal dan ramai lagi.

Punyalah istimewa golongan kidal ini sehingga ada hari khas untuk mereka iaitu Hari Orang Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

Artikel Lain Untuk Di Baca