Rwanda atau Kinyarwanda merupakan salah satu negara yang terkecil yang terletak di Tengah dan Timur Afrika. Negara ini bersempadan dengan negara Uganda, Tanzania, Burundi dan Republik Demokratik Kongo. Penerbangan ke Rwanda dari Malaysia mengambil masa kira-kira 15 jam 50 minit.
Tidak ramai yang tahu akan kewujudan negara ini. Namun begitu, negara ini mula mendapat perhatian semenjak ia menjadi inspirasi kepada pembikinan sebuah filem terbitan Studio Marvel. Filem Black Panther arahan Ryan Kyle Coogler memfokuskan sebuah negara fiksional, Wakanda yang kaya dengan sumber mineral iaitu Vibranium.
Ia telah menjadi salah satu filem yang wajib ditonton di pawagam sepanjang tahun 2018. Walaupun Stan Lee, penulis asal bagi kesemua komik Marvel tidak memberikan lokasi yang spesifik tentang keberadaan negara Wakanda ini, dalam filem Black Panther, Wakanda ditempatkan di suatu tempat di sekitar Rwanda. Hal ini secara tidak langsung menarik perhatian seluruh dunia untuk menerokai negara ini. Jadi, apa yang unik tentang negara ini?
1. Genosida Rwanda
Tragedi pembunuhan besar-besaran kaum minoriti, Tutsi oleh kaum Hutu selama 100 hari telah menggemparkan seluruh negara. Disebabkan ini, terdapat banyak dokumentasi melalui gambar, teks dan video yang dipamerkan di Memorial Genoside Kigali (Kigali’s Genocide Memorial).
Di sini, sebanyak 250,000 tanah perkuburan dan lebih banyak jasad ditemukan di seluruh negeri dan dibawa setiap hari. Walaupun tragedi ini dianggap morbid, masyarakat Rwanda menemui cara untuk move on daripada bersikap prejudis khasnya terhadap kaum Hutu.
Buktinya, negara ini menjadi salah satu negara yang sukses daripada aspek ekonomi dan politik di Afrika. Dalam erti kata lain, Rwanda bangun menjadi sebuah negara yang maju walaupun tragedi ini menimpa mereka.
2. ‘Costa del Sol’
‘Costa del Sol’ merupakan sebuah tempat percutian popular di Andalusia, Sepanyol kerana mempunyai pantai yang cantik. Sama seperti di Rwanda, walaupun ‘Costa del Sol’ dalam negara ini tidak seperti di Sepanyol, Tasik Kivu yang terletak di barat laut negara ini memiliki sebuah pantai yang terbentang luas dengan air yang tenang untuk berenang.
3. Kigali, bandar terbersih di Afrika
Larangan penggunaan plastik di negara Rwanda telah menjadikan negara ini hampir tidak ada sampah di jalanan. Bukan itu sahaja, apa yang menjadikan negara ini menarik juga adalah terdapat aktiviti khidmat masyarakat yang wajib dijalankan sebulan sekali oleh masyarakat Rwanda bagi membersihkan kawasan komuniti mereka.
4. Majoriti ahli parlimen Rwanda adalah perempuan
Ahli parlimen bagi negara Rwanda tidak terdiri daripada golongan lelaki sahaja sebaliknya turut terdiri daripada golongan wanita. Apa yang menarik di sini ialah jumlah ahli parlimen perempuan lebih ramai berbanding lelaki bagi negara Rwanda. Jika diikutkan dengan peratusan, golongan wanita mendominasi parlimen Rwanda sebanyak 64% berbading golongan lelaki. Ini jelas menunjukkan bahawa diskriminasi terhadap golongan wanita dalam parlimen tidak ada.
5. Brew yang terbaik
Aktiviti pengeksportan kopi dan teh di Rwanda sangat besar. Ia menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi mereka. Hal ini demikian kerana bukan sahaja rasanya enak, tetapi teh mereka juga tidak memiliki rasa pahit seperti teh yang lain dan kopi mereka merupakan antara kopi yang berkualiti tinggi.
Untuk mengetahui rasa sebenar teh Rwanda, anda boleh menikmatinya tanpa susu (rasanya kurang pahit). Malah, biji kopi yang digunakan oleh Starbucks dibekalkan oleh Rwanda.
Walaupun biji kopi Rwanda merupakan antara bahan yang termahal di dunia, ia telah memenangi banyak pertandingan di peringkat antarabangsa. Jadi, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Rwanda tahu untuk menghasilkan biji kopi yang terbaik.
Keunikan negara Rwanda tidak terhad dalam aspek-aspek ini sahaja. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah anda merancang percutian untuk ke negara ini kelak!
Penulis
- Hylianah Jopius adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Muhammad Nurhakim Bin Mohd Jafffri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.