5 Fakta Anda Perlu Tahu Mengenai Penggabungan UEM Sunrise Dengan EcoWorld

Baru-baru ini dikatakan UEM Group Bhd iaitu syarikat induk kepada UEM Sunrise telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld).

Jika hal ini terjadi, EcoWorld akhirnya akan dinyah senarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Penggabungan itu akan dilaksanakan menerusi pertukaran saham dan waran sekali gus akan menyaksikan Khazanah Nasional Bhd menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat yang bergabung itu.

Khazanah Nasional Bhd memberi jaminan bahawa dasar Bumiputera akan tetap terpelihara dan tidak diketepikan oleh cadangan penggabungan UEM Sunrise Bhd dan EcoWorld ini.

Namun begitu, cadangan penggabungan ini hanyalah satu permulaan sahaja yang mana belum dimuktamadkan lagi. Hal ini kerana, Lembaga Pengarah UEM Sunrise dan EcoWorld perlu menjalankan kajian daya maju pelaburan (due diligence) terlebih dahulu. Penelitian halus juga harus dilakukan sebelum mencapai kata putus bersama kerana perlu mendapatkan persetujuan pemegang saham untuk langkah seterusnya.

Berikut merupakan lima fakta menarik mengenai penggabungan ini:

1.Khazanah tetap menjadi pemegang saham terbesar

Sumber: Google

Menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Khazanah masih memegang 43 peratus dan jika dilihat secara keseluruhan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan Government Linked Investment Company (GLIC) akan memegang lebih 50 peratus saham dalam syarikat yang digabungkan.

Sebarang dasar dan agenda Bumiputera yang harus didukung GLIC sebagai pemegang saham dalam syarikat yang digabungkan tetap terpelihara dan tidak akan diketepikan.

2. Memacu pemaju hartanah yang lebih kukuh dan berdaya saing

Sumber: Bebasnews

Cadangan penggabungan ini sebagai salah satu usaha untuk memperkasakan kebolehan dan kemampuan Bumiputera dalam sektor hartanah. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan nilai bagi semua pemegang saham dalam mewujudkan pemaju hartanah yang mantap dalam setiap segmen industri serta boleh dianggap antara paling kompetitif di Malaysia.

3. Mampu meningkatkan nilai untuk semua pemegang saham dalam persekitaran yang mencabar pada masa ini

Sumber: Google

Datuk Shahril menegaskan juga bahawa UEM Sunrise mempunyai tumpuan pemilikan tanah atau simpanan tanah yang cukup besar di Johor dan segmen kediaman bertingkat tinggi yang mana sangat mencabar buat beberapa tahun lalu dan dikeruhkan lagi dengan penularan COVID-19.

4. Membantu mengimbangi komposisi pemilikan tanah UEM Sunrise

Sumber: Utusan

Ini akan membolehkan kedua-dua syarikat memanfaatkan kekuatan masing-masing dari segi pemilikan tanah UEM Sunrise dan rekod prestasi EcoWorld dalam pembangunan bandar bersepadu serta taman perindustrian.

5. Peluang membentuk rakan kongsi dengan pemaju lain

Sumber: Google

Menurut EcoWorld, UEM Sunrise dianggap sebagai pemaju yang mempunyai jenama kukuh dan kekuatannya yang tersendiri. Hal ini demikian kerana, kelebihan UEM Sunrise adalah kepakarannya memajukan kediaman pencakar langit manakala kekuatan mereka adalah membangunkan taman perbandaran dan perniagaan serta memiliki bank tanah.

Penggabungan ini jelas berpotensi mendatangkan banyak manfaat dan peluang kepada kedua-dua entiti hartanah besar negara ini.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca