Bagi peminat drama Korea, pastinya anda tertunggu-tunggu drama terbaru untuk bulan April ini. Kami kongsikan 5 K-drama yang anda wajib tonton.

1. I Hate Going To Work (KBS2)

Drama yang berkisahkan tentang orang-orang yang tidak mahu pergi bekerja. Kang Baek-Ho (Kim Dong-Wan) dinaikkan pangkat dengan cepat kerana dia seorang saja yang workaholic, manakala Kang Baek-Ho dipindahkan ke department marketing dan menjadi ketua projek untuk menentukan nasib jabatan tersebut.

2.Her Private Life

Drama ini mengisahkan tentang Sung Deok Mi (Park Min Young) yang merupakan die hard fans seorang ahli kumpulan idol dan secara rahsia telah mengelolakan website artis kesayangannya itu. Ryan (Kim Jae Wook) merupakan pengarah galeri seni di mana tempat Sung Deok Mi bekerja dan dia juga pernah menjadi seorang pelukis terkenal tetapi telah memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya itu.

Ryan menaruh hati pada Sung Deok Mi dan suatu hari, Ryan sudah mengetahui bahawa Sung Deok Mi merupakan peminat setia Shi An dan mengelola website artis tersebut. Secara tak langsung membuatkan Ryan tak sengaja untuk memasuki dunia penggemar idol Kpop.

3.My First First Love (Netflix)

Drama ini mengisahkan tentang lima orang anak muda yang dalam satu pertemuan dengan konsep first love. Disebabkan pelbagai sebab peribadi, sekumpulan rakan Yoon Tae-oh berpindah ke rumahnya, di mana mereka mendapat pengalaman bercinta, persahabatan, dan segala-galanya di antara mereka. Bakal ditayangkan di Netflix pada 18 April 2019.

4. Special Labour Inspector Jo (MBC)

Jo Jin Gap, seorang lelaki yang pernah menjadi ahli pasukan judo kebangsaan, dan impiannya menjadi seorang guru pendidikan jasmani terkubur apabila dia dibuang kerana panas barannya. Jin Gap kemudian menjadi penjawat awam yang mengutamakan keselamatan, dan bekerja sebagai inspektor buruh untuk Kementerian Pekerjaan dan Buruh.

5.Mung Bean Flower (SBS)

Berlatarkan zaman Revolusi Petani Donghak sekitar tahun 1894-1895, dua adik beradik berlainan ibu berjuang melawan pihak bertentangan dengan pemberontakan ini

Baek Yi Kang (Jo Jung Sook) adalah anak pertama dari keluarga berpengaruh. Ayahnya kaya dan terkenal sebagai pegawai kerajaan tempatan. Tetapi, ibu Yi Kang dari kelas bawahan. Kerana kelas sosial ibunya yang rendah, orang memandang rendah terhadap Baek Yi Kang. Drama ini akan ditayangkan di saluran SBS pada 26 April ini.

Jadi, kepada para pengemar K-drama jangan lupa untuk menonton cerita-cerita yang kami kongsikan ini.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda