5 Drama Korea Paling Popular Sepanjang Tahun 2020 Di Netflix

Drama Korea sememangnya sudah mendapat tempat di hati para penonton bukan hanya kerana barisan pelakon yang berbakat malahan plot cerita yang menarik dan kualiti pembikinan drama dan filem yang ditonjolkan menyebabkan peningkatan jumlah tontonan mereka menaik.

Menurut laporan dari Netflix, platform penstriman tersebut turut merekodkan kadar kenaikan sebanyak empat kali ganda pada tahun ini berbanding tahun lalu untuk tontonan drama Korea di seluruh Asia.

Berikut adalah senarai drama-drama Korea yang paling banyak ditonton sepanjang tahun ini di platform Netflix:

1.It’s Okay Not To Be Okay

Sumber: Trabilo

Drama ini dibintangi pelakon hebat seperti Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji dan Oh Jung-se berkisarkan mengenai percintaan antara Moon Gang-tae yang mempunyai sejarah lampau yang menyakitkan dan juga Ko Mun-young, seorang penulis buku kanak-kanak yang menghidapi sindrom anti-sosial.

Menurut Netflix, drama It’s Okay Not To Be Okay berjaya meraiah penonton di Taiwan dan tersenarai dalam top 10 selama 100 hari di Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Filipina.

2. The King: Eternal Monarch

Sumber: Soompi

Drama ini menceritakan mengenai Lee Gon, seorang raja yang memerintah Kerajaan Corea yang pada suatu hari telah melintas sebuah garisan yang membawanya ke dimensi yang lain yang kemudian menemukannya dengan Jeong Tae-eul (Kim Go-eun), seorang detektif. Drama ini telah mencatat rekod paling popular di Malaysia, India, Filipina dan juga Singapura.

3. Start-Up

Sumber: KKday Blog

Drama yang baru sahaja menamatkan episodnya pada minggu lalu ini mengisahkan mengenai usahawan muda yang ingin berjaya dalam dunia bisnes dan juga cinta tiga segi yang terjadi antara Seo Dal-mi, Nam Do-san dan Han Ji-pyeong. Populariti drama ini turut mencetus fenomena #TeamDosan dan #TeamJipeyong dalam kalangan penonton bagi menyokong lelaki pilihan mereka yang akan bersama Dal-mi.

4. Hi Bye, Mama!

Sumber: GIZGUIDE

Mengisahkan tentang Cha Yu-ri yang telah meninggal dan menjadi hantu selama lima tahun. Yu-ri kemudiannya telah diberi peluang untuk kembali ke dunia untuk bersama suami dan anaknya hanya dalam tempoh 49 hari sahaja.

5. The World of The Married

Sumber: Asiaone

Drama bersiri Netflix ini mengisahkan tentang Ji Sun-woo, seorang wanita bekerjaya yang dianggap mempunyai kehidupan yang sempurna. Namun hakikatnya, mendapati bahawa suaminya curang di belakangnya. Drama yang penuh dengan plot dan jalan cerita menarik ini mampu mendatangkan kemarahan para penonton.

Drama mana satu yang anda dah tonton?

Untuk mambaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca