5 Drama Ini Paling Terkenal Dalam Kalangan Pengguna Netflix Pada Tahun 2020

Dengan penularan pandemik COVID-19, Netflix kini sudah menjadi sebahagian besar daripada masyarakat di seluruh dunia kerana mereka kini banyak berada dekat rumah.

Kami akan kongsikan lima drama yang mendapat tempat tinggi dalam kalangan para pengguna Netflix pada tahun 2020 menerusi artikel ini:

1. Crash Landing On You

Dibintangi oleh Hyun Bin dan Son Ye-jin, Crash Landing On You Salah telah berjaya meraih jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah stesen penyiaran tvN.

Dalam drama ini, Yoon Se Ri (Son Ye-jin) dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya tetapi telah melepaskan diri daripada keluarganya untuk memulakan perniagaan sendiri. Perniagaan fesyen yang diberi nama Seri’s Choice itu berjaya berkembang dengan maju.

Untuk dijadikan cerita, Se Ri telah terbang ke tanah Korea Utara kerana ditiup taufan apabila dia menguji produk baru perniagaannya. Se Ri pun berjumpa dengan Ri Jung Hyuk (Hyun Bin) iaitu seorang pengawai tentera yang sedang menjalankan tugas di sekitar kawasan itu.

Sumber: Kimchi Daily

Drama ini telah berjaya mencuri perhatian para penonton kerana memaparkan kehidupan seharian di Korea Utara yang jarang didedahkan kepada umum dalam karya fiksyen. Anda boleh baca review penuh Crash Landing On You di sini. Selamat menonton!

Jumlah episod: 16

2. It’s Okay to Not Be Okay

Dibintangi oleh Kim Soo-hyun, Seo Yea-ji dan Oh Jung-se, drama ini paling terkenal di Taiwan dan tersenarai dalam top 10 selama 100 hari di Malaysia, Singapura, Thailand serta Filipina.

Drama ini mencuri perhatian ramai apabila ia mengisahkan kisah cinta antara Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang mempunyai sejarah yang menyakitkan dan Ko Moon-young (Seo Yea-ji) iaitu seorang penulis buku kanak-kanak yang berjaya tetapi menghidap sindrom anti-sosial.

Jumlah episod: 16

3. The Crown

Sudah memasuki musim keempat, The Crown ialah sebuah drama sejarah tentang pemerintahan dan kehidupan Ratu Elizabeth II.

Dalam pada itu, musim keempat merangkumi tahun 1977 sehingga 1990 dan ia turut memaparkan pertelingkahan antara Ratu Elizabeth dan Margaret Thatcher sebagai perdana menteri.

Selain itu, ia turut memaparkan perkahwinan antara Lady Diana Spencer dengan Putera Charles serta memperkenalkan watak Putera Harry dan Putera William kepada penonton buat pertama kalinya.

4. Emily in Paris

Dibintangi oleh Lily Collins dan Lucas Bravo, Emily in Paris ini berjaya mencuri perhatian orang ramai di seluruh dunia. Ia mengisahkan bagaimana seorang eksekutif pemasaran bernama Emily (Lily Collins) selepas dia meninggalkan kampung halamannya di Chicago untuk kehidupan dan kerja baharu di Paris.

Apa yang berlaku kepada Emily di Paris? Anda wajib tonton Emily in Paris sekiranya merupakan seorang penggemar drama romantik komedi.

Jumlah episod: 10

5. Alice in Borderland

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya, Nijiro Murakami dan Yuki Morinaga, drama ini mengambil tempat di Tokyo.

Adaptasi daripada manga dengan nama yang sama, Alice in Borderland ini mengisahkan bagaimana seorang gamer iaitu Ryohei Arisu (Kento Yamazaki) telah ‘terperangkap’ di Tokyo yang sepi tanpa penghuni dalam parallel universe bersama dua orang sahabat baiknya iaitu Daikichi Karube (Keita Machida) dan Chota Segawa (Yuki Morinaga).

Dalam dunia tersebut, anda hanya boleh hidup sekiranya bermain game. Sekiranya para pemain tewas, mereka akan meninggal dunia. Untuk pengetahuan anda, musim kedua drama ini sudah disahkan oleh pihak Netflix sendiri. Sementara itu, anda boleh membaca review penuh di sini.

Jumlah episod: 8

Pada pendapat anda, drama manakah yang paling menarik perhatian sebagai seorang penonton?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca