5 Doktor Tewas Kepada COVID-19, Itali Kini Catat Angka Korban Paling Tinggi Di Dunia

COVID-19 meragut nyawa lima orang lagi doktor di Itali dan 2,629 petugas perubatan pula disahkan positif.

Untuk pengetahuan anda, Itali merekodkan angka korban dalam sehari yang tertinggi di dunia melebihi China. Menurut laporan, Itali telah merekodkan 4,032 angka korban dengan 627 kes baharu diterima semalam.

Pendedahan seorang doktor di Itali dalam satu temu bual bersama Euronews sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir mencuri perhatian orang ramai.

Untuk dijadikan cerita, Dr. Marcello Natali terpaksa merawat pesakit tanpa memakai sarung tangan sebelum disahkan positif COVID-19.

Tidak berhenti di situ, Dr. Marcello turut menjelaskan bahawa keadaan hospital di Itali sudah tidak selamat sejak Februari lalu. Mana tidaknya, sarung tangan yang sepatutnya dipakai setengah hari sahaja tetapi terpaksa digunakan selama satu minggu.

Dalam pada itu, peningkatan secara drastik di Itali turut mencuri perhatian seorang pakar dari China.

Pakar yang mengawal penularan wabak COVID-19 di China itu mendapati bahawa sesetengah kawasan di Itali tidak mengamalkan perintah kuarantin dengan lebih ketat dan sekali gus menyebabkan jumlah jangkitan melonjak naik.

Beliau menegaskan bahawa perintah berkurung yang tidak ketat oleh kerajaan Itali menyebabkan negara itu mencatatkan peningkatan kes jangkitan yang tinggi pada setiap hari.

Rakyat Itali turut dinasihatkan untuk menghentikan segala urusan perniagaan dan sebaliknya berkurung di rumah dengan serta-merta.

Walaupun penularan wabak COVID-19 masih lagi berada pada tahap membimbangkan di seluruh dunia, segelintir daripada rakyat Malaysia seolah-olah tidak memandang serius tentang bahaya virus ini. Akhir kata, kita sebagai rakyat Malaysia boleh membantu negara kita dengan patuhi arahan kerajaan iaitu stay at home.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca