5 Destinasi Cool Untuk Bulan Madu

Memandangkan ramai yang mendirikan rumahtangga bulan ini, jadi penulis nak kongsikan tempat-tempat menarik untuk anda dan pasangan pergi berbulan madu.

5 idea pilihan destinasi bulan madu.

1. Bali, Indonesia

Mata wang Rupiah yang jauh lebih rendah dari Ringgit menjadikan Bali diantara top destinasi bulan madu untuk rakyat Malaysia. Bila dengar Bali, pasti anda terbayang laut biru dan pantai dengan pasir putih.  Bali juga mempunyai tarikan tanah tinggi dan pemandangan gunung berapi yang sangat cantik.

 

2. Hanoi, Vietnam

Gereja Saint Joseph bercirikan rekaan Eropah di Hanoi.

 

Sebut Vietnam mesti anda terbayang bandar sesak Ho Chi Minh, tetapi untuk berbulan madu lebih sesuai jika anda memilih Hanoi yang terletak diutara Vietnam, ia sebuah wilayah dengan cuaca dan suhu yang menyamankan. Tarikan utaman Hanoi ialah rekabentuk bangunan dari zaman kolonial Perancis. Jadi tak perlu ke Perancis cuaca disana pun selesa nak bersiar-siar. Fakta menarik dari TripAdvisor, Hanoi antara destinasi antarabangsa paling berpatutan!

3. Chiang Mai, Thailand

Thailand sememangnya terkenal dengan pulau seperti Krabi dan Phuket. Apa kata kali ini beralih ke wilayah utara Thailand, Chiang Mai. Destinasi ini antara tercantik di Thailand sebagai lokasi bulan madu, ia masih menyimpan kehijauan alam dan pemandangan indah bukit-bukau. Anda dan pasangan boleh berkongsi keindahan alam pada hari-hari bulan madu. Romantis gaya baru!

4. Shanghai, China

Cahaya warna-warni dari bandar moden Shanghai.

Bagi anda yang sukakan cabaran tapi tidak mahu keterlaluan dan sukakan pencakar langit nan indah dengan lampu gemerlapan. Bandar Shanghai sebagai salah satu lokasi bulan madu untuk pasangan yang sukakan ala moden. Walau terkenal dengan arus permodenannya, ia masih mengekalkan seni bangunan zaman dahulu kala. Anda boleh menyimpan kenangan bulan madu dalam dua bentuk ala moden dan juga ala klasik.

Qibao Old Town

 

5. Pulau Jeju, Korea Selatan

Halla Mountain

Pulau Jeju merupakaan destinasi istimewa di negara romantis Asia iaitu Korea Selatan. Pulau Jeju bukan sekadar pulau yang menyajikan pemandangan indah lautan luas malah ia mempunyai lokasi pengambaraan yang menarik untuk anda menyimpan memori istimewa bersama tersayang. Waktu terbaik untuk ke Jeju pada musim bunga antara bulan April hingga awal Jun.

Selamat berbulan madu dan berkongsi kenangan indah bersama pasangan anda!

Artikel Lain Untuk Di Baca