KONGSIKAN

Siapa yang tidak sukakan manisan? Semua orang suka. Daripada ais krim, donut, kek, coklat, yogurt berperisa, puding, macaron, dan banyak lagi.

Terdapat banyak kedai dan kafe menarik untuk anda kunjungi demi mendapatkan sesuap pencuci mulut yang pasti buat anda terbang keawangan dengan keenakannya. Penulis ingin kongsikan kedai yang menyediakan pencuci mulut yang sangat sedap dan menarik.

1.Ice Cream Sandwich @CookieNation

Ice Cream Sandwich merupakan gabungan menarik antara ais krim dan soft-baked cookies, di mana pilihan perisa yang disediakan termasuk red velvet, Snickers, Nutella, M&M’s dan teh hijau. Topping seperti cip coklat dan rainbow sprinkles pula menjadi pelengkap kepada snek epik ini.

Alamat: D-G-13, Sunway Nexis, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, Petaling Jaya

2. Nightfury’s Brownies Cake @Cake Jalan Tiung

Bayangkan keenakan kek coklat bersalut ganache dan buttercream, ditambah pula dengan kiub-kiub brownies kedut dan sos salted caramel. Jika anda peminat tegar coklat, anda wajib cuba Nightfury’s Brownies Cake ini sekurang-kurangnya sekali!

Alamat: 31M Jln Tg Ampuan Zabedah J 9/J Seksyen 9, Shah Alam.

3.Salted Egg Yolk Croissant Doughnuts @Dotty’s Pastries & Coffee

Salted egg yolk croissant doughnuts merupakan ‘signature’ Dotty’s. Kelembutan pastrinya sangat menakjubkan.

Alamat: kafe Dotty’s Pastries and Coffee: 20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

4.Churros Donut Stack @ Botanic + Co

Peminat churros pasti terpesona dengan ciptaan unik ini, di mana adunan churros dibentukkan menyerupai donat, dan disempurnakan lagi dengan pusaran meringue bersalut sos coklat dan karamel.

Alamat: G5 Podium, The Vertical, Bangsar South City. No.8 Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.

5. Garden Mess @Rimba & Rusa

Mengambil keindahan alam sebagai inspirasi, kafe berkonsepkan hijau ini kini tampil dengan pencuci mulut comel menyerupai tanaman. Garden Mess terdiri daripada chocolate brownies dan cookie crumbs, ais krim vanilla berkrim dan jem raspberry, dan diserikan lagi dengan daun pudina segar dan bunga yang boleh dimakan.

Alamat: D-GF-01, Jalan PJU 5/2, Sunway Nexis, Petaling Jaya

Anda harus cuba semua pencuci mulut  yang penulis kongsikan ini. Wajib jika anda benar-benar penggemar manisan okay.