5 Cara Untuk Menjayakan Hubungan Jarak Jauh

Hubungan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai Long Distance Relationship (LDR) biasanya dialami oleh beberapa pasangan. Pada masa kini, kebanyakkan pasangan mengalami situasi begini kerana tuntutan kerja. Sememangnya banyak dugaan bagi pasangan yang mengharungi cinta jarak jauh sehinggakan muncul satu ketika di mana pasangan terbabit akan merasa sangat sukar untuk mempertahankan hubungan mereka.

Jadi, kami kongsikan 5 cara terbaik untuk memastikan hubungan anda berjalan dengan lancar.

1. Komunikasi sangat penting

Bagi memastikan agar hubungan jarak jauh ini tetap mantap adalah dengan selalu berhubung. Meski pun berjauhan, perlulah bijak membahagikan waktu dan carilah masa yang sesuai untuk menghubungi pasangan anda. Tak kiralah melalui WhatsApp, telefon, panggilan video dan sebagainya. Komunikasi dalam perhubungan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan. Berkomunikasi antara satu sama lain adalah untuk menjaga hubungan agar terus baik. Kurang berkomunikasi akan membuatkan hubungan jarak jauh ini bertambah hambar. Zaman kini yang mempunyai teknologi serba canggih, tidak ada lagi alasan untuk tidak berhubung dengan pasangan anda.

2. Kepercayaan kunci segalanya

Aspek yang paling penting adalah saling percaya antara satu sama lain demi memelihara hubungan jarak jauh ini. Berikanlah kepercayaan kepadanya. Kepercayaan pada kekasih adalah sebuah hal yang paling utama agar sebuah hubungan boleh berjalan dengan lancar, apatah lagi hubungan yang dihadkan oleh jarak. Elakkan prasangka buruk terhadap kekasih anda kerana dugaan dan prasangka buruk hanya akan memberi kesan buruk pada perasaan anda dan hubungan anda berdua.

3. Luangkan Waktu Untuk Bertemu

Buat perancangan atau kejutan untuk melawat pasangan anda. Sesekali anda juga perlu melawatnya dan tidak semestinya menunggu pasangan anda pulang selalu. Sekurang-kurangnya anda boleh melihat keadaan pasangan anda pula di sana. Pasangan anda pasti menghargai apa yang anda lakukan itu dan akan menguatkan lagi rasa kasih sayang.

4. Kesetiaan

Aspek ini juga perlu dititikberatkan dalam hubungan jarak jauh. Apabila pasangan sudah mempercayai, janganlah mengkhianati kepercayaan itu. Jagalah hati pasangan anda sebaik mungkin. Anda perlu elakkan membuka ruang-ruang yang menjebakkan diri dengan orang ketiga. Jangan dilayan anasir jahat yang akan menjerumuskan diri anda untuk berlaku curang. Sekali kesetiaan itu dikhianati anda akan menyesal kerana semuanya tidak akan sama lagi.

5. Selalu Update

Serapat manapun anda dan kekasih anda, jika dipisahkan jarak dalam masa yang lama, pastinya akan terasa sedikit asing. Cegah daripada terjadinya “keasingan” ini, dengan selalu menghantar update tentang satu sama lain. Anda boleh hantarkan foto terbaru anda untuk memberitahu perubahan anda secara fizikal dan penampilan, serta cerita-cerita mengenai teman baru atau pengalaman baru yang anda alami.Tidak harus setiap hari, yang penting dilakukan secara berkala.

Setiap perhubungan perlukan usaha untuk memastikan ia berjalan lancar dan kekal sehingga akhir hayat. Kedua-dua pihak memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan hubungan yang positif. Jangan jadikan jarak sebagai alasan atau masalah dalam perhubungan. Kepada mereka yang sedang melalui hubungan jarak jauh ini, pastikan anda lakukan kelima-lima cara yang kami kongsikan itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca