5 Cara Untuk Buat Warga Lipas Serik ‘Berumah Tangga’ Di Tempat Anda

Adakah anda geli dengan lipas?

Apabila serangga berkaki enam ini mula mengepakkan sayap dan terbang, itu bukan lagi lipas tapi seekor babi. Sungguh mengerikan.

Dan nama saja lipas kudung tetapi berdesup lari, tak padan dengan kudung.

Penulis pernah terbaca dalam satu laman forum chit-chat, takut lipas ini tidak mengira jantina. Malah ada orang yang sanggup menjual rumah hanya sebab lipas buka perkampungan di situ.

Mungkin rasa fobia anda belum sampai ke tahap itu, cuma sekadar tak cukup badass untuk pegang dan goyang-goyang ‘benda alah’ itu kan?

Ini ada 5 cara bagi membantu anda dalam misi operasi ‘Ops Lipas’. Nampak seekor pun harus segera dibunuh sebab mereka cepat membiak.

1. Putuskan bekalan makanan dan air

Serbuk roti terjatuh atas lantai atau karpet? Vakum atau menyapunya. Buang sampah dan sisa makanan dari rumah anda hari-hari. Kawasan dapur yang banyak kena berjaga-jaga sebab di situlah tempat mereka berpesta.

Rumah yang bersih juga berisiko untuk kehadiran lipas, bergantung pada kesenangan makhluk perosak ini untuk akses makanan dan air.

2. Pasang umpan dan racun

Beberapa sumber mengatakan yang asid Borik berkesan untuk meracun lipas. Contohnya, campurkan asid tersebut dengan kuning telur dan letakkan di tempat lalu lintas lipas.

Manakala untuk lebih pantas, sembur racun serangga untuk mematikan lipas on the spot.

Namun begitu, populasi lipas dikatakan mempunyai ketahanan yang tinggi pada bahan kimia. Oleh itu, gunakan racun lipas yang betul kerana racun yang salah hanya akan jadi bahan ketawa mereka saja.

3. Guna kasut, penyapu atau penyodok.

Cara ini agak sadis. Apabila melihat seekor lipas merayap, perlahan-lahan hampiri dan mengetuknya pakai tapak kasut sampai mati. Kemudian, sembur dan lap pencuci anti-bakteria di tempat kejadian.

Menurut laman Insider, cara ini juga akan menarik lebih ramai lipas untuk keluar dari tempat persembunyian untuk dibunuh bersama-sama.

4. Jangan bagi chance untuk menyorok, buru mereka sampai ke lubang lipas

Lipas suka tempat-tempat yang gelap. Tutup lubang atau rekahan dinding bangunan, iaitu tempat keluar masuk haiwan ini.

Buang atau kitar semula kotak-kotak kosong kerana tempat ini mungkin menjadi nurseri atau taska anak-anak lipas untuk membesar.

5. Panggil penghalau lipas profesional

Cara ini melibatkan kos tetapi jika masalah lipas itu sangat serius, boleh hubungi pihak yang sediakan khidmat kawalan serangga untuk kaedah penghapusan lipas yang lebih efektif.

Selepas melakukan semua ini, insya-Allah lipas semakin berkurangan atau terhapus terus dan anda dapat hidup dengan harmoni. Melainkan lipas dari kejiranan rumah atau apartment anda datang dan menyambung keturunan semula.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca