Stress atau tekanan memang selalu berlaku dalam kehidupan. Antara sebab berlakunya stress ialah kerana tekanan di tempat kerja,tekanan dengan pelajaran, masalah keluarga dan berbagai sebab lagi.
Stress tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh membahayakan mental dan fizikal. Kami kongsikan 5 cara yang boleh membantu anda menghilangkan stress.
1. Makan coklat
Cara ini sering dilakukan oleh kebanyakan orang. Kemanisan dan khasiat coklat dapat menenangkan fikiran seseorang. Coklat juga boleh meningkat metabolisma dalam badan.
2. Membaca
Membaca komik yang lucu seperti Ujang, Gila-Gila dan Apo. Apabila anda ketawa secara semula jadinya mood anda akan turut berubah dan membantu melapangkan fikiran anda.
3. Tidur
Dapatkan tidur yang berkualiti. Pastikan anda tidur dalam keadaan yang selesa. Tidur sekejap di waktu siang juga dapat membantu anda menghilangkan stress.
4. Berjumpa dengan kawan
Habiskan waktu bersama kawan baik anda dan kongsikan masalah anda pada mereka. Dapatkan juga perbualan yang menarik dan menggembirakan hati. Sesekali cuba berjenaka dan buat lawak bersama mereka.
5. Berdoa
Setiap agama menjelaskan dengan berdoa dapat menenangkan hati yang sedang berduka dan turut memberi ketenangan kepada fikiran kita. Jadi cara terakhir ini merupakan terapi yang terbaik untuk menghilangkan stress yang anda sedang alami.
Seperti yang dapat anda lihat terdapat pelbagai cara untuk melegakan stress. Jika ia sering berlaku kepada anda, anda boleh mencuba mana-mana cara ini untuk memastikan bahawa anda menikmati kehidupan yang ceria serta bebas daripada stress.