5 Cara Kecerdasan Buatan (AI) Yang Menjejaskan Kehidupan Manusia

Kecerdasan Buatan iaitu ‘Artificial Intelligence’ semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hari ini, semakin ramai yang menggunakan AI berbanding sebelumnya.

Walaupun sebahagian besar pengkritik dan individu percaya bahawa peranti AI sangat bagus, namun sebenarnya ia tidaklah yang seperti kita fikirkan kerana ia membuat kehidupan kita lebih buruk melalui beberapa cara.

Kami kongsikan 5 cara kecerdasan buatan (AI) dan teknologi ini yang akan menjejaskan kualiti kehidupan kita:

1. Masa bersama keluarga dan rakan-rakan berkurang

AI juga sebenarnya telah banyak membuang banyak masa kita tanpa disedari. Ia juga membuatkan masa kita bersama yang tersayang semakin berkurangan kerana kita lebih tertarik untuk berinteraksi di alam maya.

2. Perbelanjaan yang boros

Dengan menggunakan peranti AI, pengguna boleh membuat pesanan produk dan melanggan perkhidmatan dengan lebih mudah di hujung jari sahaja. Selain itu, ia juga akan memudahkan pengguna membeli barang meskipun kualiti dan kuantiti yang tidak begitu jelas. Sekiranya pengguna membeli barang yang tidak perlu atau salah maka ia ialah perbelanjaan yang membazir.

3. Privasi yang dikhuatiri

Peranti AI ini sentiasa ada di dalam peranti sepanjang hari di setiap peranti pengguna. Contoh-contohnya ialah peranti yang merekod perbualan peribadi pengguna dan menghantarnya kepada orang lain. Justeru ia harus diambil berat terutamanya terhadap pengguna ketika membeli peranti tersebut.

4. Kurang membaca dan menulis

Telefon, tablet, dan komputer telah dikritik supaya dapat menghalang pengguna daripada membiasakan diri menggunanya. AI lebih teruk daripada telefon dan komputer kerana pengguna tidak akan mahir membaca dan menulis.

5. Kandungan yang tidak sesuai

Peranti AI adalah penjelajah internet secara automatik di mana ia akan menjalankan tugasnya apabila pengguna bertanya atau mengulas sesuatu mengenai topik tertentu dengan mencari jawapan di laman web untuk memberi respons terhadap pengguna. Kawalan ibu bapa sangat diperlukan terhadap kanak-kanak kerana ia mungkin didedahkan dengan kandungan yang tidak sesuai buat mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca