5 Cara Berkesan Untuk Menghilangkan Sedu

Sedu (hiccup) kebanyakannya berlaku secara tiba-tiba dan hilang dengan cepat.Tetapi kadang-kadang, ia menjadi satu masalah yang menjengkelkan dan serius. Dari segi fisiologi, sedu berlaku apabila diafragma secara tiba-tiba kontrak secara sukarela, dan, pada masa yang sama, kontrak kotak suara dan lipatan vokal rapat, yang menyekat aliran udara anda.

Apa kata cuba pula cara yang penulis kongsikan ini.

1.Minum segelas air masak.
Ambil secawan air masak smbil baca bismillah dan selawat 3x dan minumlah dengan perlahan-lahan.

2.Bernafas di dalam plastik untuk 2-3 minit. Cara ini tujuannya untuk buat kita bertenang dan mengawal pernafasan kita. Tapi tak digalakkan buat dekat tempat awam, nanti orang akan anggap kita ada masalah mental nanti.

3.Kunyah ais atau berkumur (gargle) dengan ketulan ais. Ambil beberapa ketulan ais, lepastu kunyah ataupun berkumur dengan ais tersebut mengikut kesesuaian kita.

4.Urut bahagian atas atau belakang lelangit. Dengan mengurut di bahagian lelangit, ia dapat merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak balas pada diaphragm kita.

5.Minum air pudina ambil lebih kurang 5-7 helai daun pudina, basuh dengan bersih dan rendamkan di dalam air panas buat seketika. Apabila air dah bertukar suam, bolehlah minum perlahan-lahan.

Semoga perkongsian penulis ini dapat membantu pembaca yang selalu mengalami sedu.

Artikel Lain Untuk Di Baca