Secara lazimnya, rambut akan gugur dalam 50 ke 100 helai setiap hari. Ini adalah normal tetapi jika rambut gugur secara berlebihan, anda perlu segera merawat rambut.
Sebelum rambut anda gugur dengan lebih teruk sehingga menyebabkan masalah penipisan rambut atau botak, anda boleh cuba petua mengatasi rambut gugur yang dikongsikan di bawah ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat untuk rambut anda.
5 Cara Atasi Masalah Rambut Gugur.
1. Gunakan Santan
Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
2. Manfaat Minyak Zaitun
Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, meningkatkan proses pertumbuhan rambut, mengatasi rambut gugur serta menyihatkan keadaan kulit kepala anda. Caranya cukup mudah, titiskan empat hingga lima titis minyak zaitun setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, cucilah rambut anda hingga bersih.
3. Rahsia Minyak Kelapa
Khasiat minyak kelapa memang tiada tandingannya. Rambut gugur dan kelemumur yang menyekat pertumbuhan rambut boleh diatasi dengan minyak kelapa. Sapu minyak kelapa pada kulit kepala hingga rambut. Pastikan seluruh akar rambut itu terkena minyak kelapa. Jika proses ini anda lakukan secara rutin pada setiap hari, tidak mustahil masalah rambut gugur dan berkelemumur itu akan segera hilang. Bahkan, akar rambut anda juga akan menjadi lebih kuat sehingga proses pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.
4. Sayur Bayam
Bayam bukan sahaja kaya dengan antioksidan, vitamin B, vitamin C dan vitamin E. Bahkan, bayam juga kaya dengan potassium, omega-3, zat besi serta kalsium yang membantu memaksimalkan pertumbuhan rambut, sekaligus mencegah rambut gugur.
5.Telur
Cara semulajadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya anda melakukan proses ini tiga hingga empat kali dalam seminggu.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami masalah rambut gugur.